Feb 25, 2009

main jalan belakang!

Hari ini aku dikejutkan lagi dengan beberapa perubahan yang di luar jangkaan. Apakah sebenarnya politik kerja yang sedang berlaku di ofis ini? Sungguh aku tidak faham, keputusan yang sekian lama dibuat dengan mudah ditukarkan begitu saja. Tidak sampai lima minit dimaklumkan, tiba-tiba partner rencana aku ditukarkan dengan orang lain.

Dengan mudah saja berubah. Sudahlah aku tidak tahu menahu bahwa aku dikeluarkan dari Bongkar dan ditukarkan kepada rencana Jumaat minggu lalu. Semuanya mengejut. Tup tup sekali lagi perubahan di luar jangkaan berlaku. What the heck?

Mungkin ada pihak tertentu yang menggunakan jalan belakang. Tidak berpuas hati dengan keputusan terbaru, kemudian sepantas kilat menemui bos, mengadu domba kononnya dan bercakap belakang.. Jika ini benar berlaku, bagiku tidak patut terjadi. Jujur bolehku katakan mereka yang melakukan kerja ini hanya menjaga kepentingan sendiri.

Sungguh aku tidak faham dengan politik kerja yang berlaku. Jika diluar baik, belum tentu di dalamnya baik. Hanya ini yang dapatku katakan. Kuharap segalanya ok.....!!!!!

Feb 10, 2009

semuanya baru

Petang tadi aku berbual sebentar bersama ketua desk bongkar yang baru.
Perbualan selama kira-kira 10 minit tersebut mendedahkan pelbagai perkara baru yang bakal berlaku dalam team bongkar, antaranya...

1- kemungkinan team bongkar akan banyak membuat tugasan outstation....heh
2- kini tiada lagi pasangan dan setiap seorang perlu menyediakan satu story
3- bongkar hanya akan mempunyai partner apabila melakukan assgn luar daerah
4- abg jebong juga turut menyatakan kemungkinan akan menukar partner sedia ada
5- terdapat tiga subjek utama berkaitan dengan pembongkaran iaitu jenayah, kepenggunaan dan isu semasa.

apa yang boleh aku katakan di sini, aku hanya mengikut rentak yang bakal berlaku. setiap perubahan ada kebaikannya. aku menyambut baik setiap perubahan. aku sudahpun menyatakan apa yang kurasakan kepada abang jebong, berharap team bongkar akan menjadi teguh dengan pimpinan abang Jebong....GAMBATE KUDASAI...!

P/S- tiba waktunya untuk aku bercuti bermula esok sehingga ahad ini....yahoooo......sekembali dari percutian aku berharap akan menjadi orang yang baru dan bersedia dengan tugasan baru bersama bos baru....yeah..

Naifnya Diri Ini….



Beberapa malam sejak kebelakangan ini, aku asyik memikirkan ‘si dia’. Isu ini tidak pernah menunjukkan petanda tamat dalam hidupku. Mungkin tiba-tiba aku merasakan diri ini begitu sepi dan kesepian ini semakin menekan jiwa.

Tiap kali aku melabuhkan jasadku sambil melihat belahan kipas berputar, terus saja mindaku terbang memikirkan wajahnya. Sejujurnya bayanganmu tidak pernah lekang dariku.

Aku bagai melupai janji sendiri agar lupuskan segala kenangan bersama. Walaupun setiap detik berlalu, aku tidak berdaya untuk melupakannya

Hidupku penuh dengan angan-angan, dalam setiap lamunan aku meyakinkan diri..

Dia dapat menghadirkan senyum kebahagiaan dalam hatiku, menanggalkan kesedihan yang selalu membayang ,menjadi cahaya kehidupan serta pelipur lara bagi jiwaku.

Hatiku berbisik, “sampai bila kau hendak merana hanya kerana seorang insan?”

“Kuatkanla hatimu, kerna aku tau ada seseorang sedang menantimu disana.” Aku cuba menyedapkan hati yang kian bergoncang ini.

Aku terus bangun dan melihat dinding putih di hadapanku sambil bermonolog sendiri.

”Bodohkah aku atau aku sendiri yang begitu naif dalam istilah cinta tidak berbalas ini?” soalku.

”Ish, bodoh sungguh aku menabur janji kepada diri sendiri dengan angan-angan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya,” kataku cuba mematahkan angan-angan mat jenin itu.

Tapi aku yakin dengan kata-kata hatiku, aku yakin hatiku tidak pernah berbohong. Sejak mula lagi aku tahu aku menemui seseorang yang kurasakan menepati citarasaku.

”Ah, sudahlah. Malas nak pikir. Pikir-pikir, hidup aku macam nie jugak, tiada yang berubah.” kataku dengan wajah yang berkerut seakan sama dengan kedutan nenek Tanku.

Dengan malas aku bangun mencapai telefon di penjuru bilik dan kembali semula ke tilamku yang empuk itu. Aku membelek-belek Nokia 3200 yangku beli ketika belajar dahulu sambil fikiranku berlegar-legar membuat keputusan untuk menghubungi si dia ataupun tidak.

Tapi, hatiku berbisik: ” kalau aku call si dia, topik ataupun alasan apa akanku mulakan sebagai pembuka bicara nanti.”

Aku terfikir, sudah berbulan lamanya aku memencilkan diri darinya. Tiada ribut, tiada petir muncul dengan tiba-tiba.

Sekali lagi aku mematikan niatku untuk menghubunginya.

Aku campakkan telefonku. Aku berperang dengan perasaanku sendiri sambil memandang siling yang kusam sekusam jiwaku ini.

Bibirku mengatakan jangan menghubunginya hatiku mengatakan sebaliknya.

Aku jadi tidak keruan ibarat cacing kepanasan. Nyata sekali kehampaan datang memintal diriku.

Sesungguhnya aku tidak pernah berusaha untuk mencari ’cinta’ kerna bagiku jika ’si dia’ sememangnya milikku akan dia datang kepadaku.

Aku begitu naif dalam cinta, bagiku cinta itu akan datang dengan sendiri, tetapi aku masih mengingati kata-kata temanku ketika aku meluahkan masalahku kepadanya,

”Bagi aku tiada istilah perigi mencari timba zaman sekarang nie.

”Kaloko memang suka dia layan dia seperti seorang istimewa tidak seperti rakan-rakan yang lain dan berusaha untuk dapatkan dia,” katanya persis seperti seorang kaunselor dengan gerak tangannya.

”Kau cuba luahkan apa yang kau rasa, selepas tue terpulang kepada dia macam mana, tapi janganlah terlampau drastik. Jika perlu menangis, menangis seikhlasnya, kau menangis kerana dia, akupun pernah menangis depan kawan aku, perempuan pulak tue. Tidak perlu berpura-pura,” jelas temanku itu yang juga merupakan partner sekerjaku yang sudah aku anggap seperti abangku. Mukanya kelihatan serius.

Dengan tangkas aku menjawab, ”itu yang aku tidak boleh.”

Aku sendiri tidak mempunyai kekuatan biarpun aku menuntut sehingga ke negara China atau lubang cacing sekalipun aku tidak dapat mengumpul kekuatan untuk sesi luahan.

”Aku takkan meluahkan!,” tempik suara hatiku sebaik teringat perbualan kami...

Aku tidak berdaya memberitahunya, meski untuk merangkak di bumi kenyataan.

Saat aku menatap wajahnya, seolah seribu kata yang ingin keluar dari bibirku, tapi apalah daya bibir tidak mampu bergerak untuk melukiskan perasaanku kepadanya.

Kebiasaanku kini hanya melamun dan merangkai syair yang menceritakan segala tentang ’si dia’....Hanya itu yang ku termampu.....

Tiba-tiba aku dikejutkan dari lamunan sebaik roomateku muncul di pintu bilik dengan keadaan yang serabai.

Dengan senyuman selebar bibir patung Ronald Mc’Donald temanku membelah kesunyian, ”Beranganla tue, melayan perasaan, sudah...sudahla.

”Ala, mana ada, biasalah dok bosan-bosan, termenung je la fikirkan masa depan,” sengihku bagi menyembunyikan perasaan yang berkocak dalam hatiku.

Bagi mengelak dari soalan yang berpusu-pusu dari roomate yang sememangnya suka bertanya jika dia melihat sesuatu yang tidak kena padaku, aku terus mengucapkan selamat malam.

Aku mengerengkan badanku lalu memejamkan mata melayan hatiku yang hancur dan terbelengu tidak bertepi...heh........

End.......

Feb 6, 2009

bicara tentang teman yang mewarnai hidupku

Bab 1 (Kembali ke zaman kanak-kanak riang)

”Mengimbau kembali detik aku mula mengenali ZOTAS.”

Tahun 1992, aku, kak nyah, abang, ayah dan mak memulakan kehidupan baru di sebuah kampung yang terletak di daerah ‘slim river’(dikenali sebagai kawasan hitam ketika zaman pemerintahan Jepun).

Mulanya aku agak liat berpindah ke Slim River kerana aku sudah sebati hidup di Pasir Puteh, Ipoh. Bermulanya kehidupanku sebagai budak kampung dan segalanya berubah. ‘Kampung Balun’ menyaksikan segala pahit manis persahabatan antara kami berlima. Kami membesar bersama-sama walaupun jarak umur yang berbeza, namun citarasa, hobi dan perangai satu kepala.

Kedudukan rumah kami yang berdekatan menyebabkan kami tidak diam duduk sehingga digelar anak-anak hyperactive. Sehinggakan makan tengaharipun kami berlima akan makan bersama-sama, boleh dikatakan aktiviti wajib (berkelah di bawah pokok durian).

26 Mei 1997 merekodkan sejarah penubuhan ZOTAS. Zotas merupakan ringkasan nama kami berlima Zai, Ona, Tan, Aza dan Suz. Kebetulan turutan nama tersebut juga mengikut ranking ahli-ahli tua sehingga muda.hekhe....

Persahabatan kami dipenuhi dengan warna-warni ceria. Aktiviti wajib merempit round2 kampung setiap petang sehingga jadi bualan orang kampung...wahaha dan main baling tin bersama budak2 kampung dan paling besar ketika itu ialah kami sekolah menengah bersama budak sekolah rendah. dari segi saizpun dh nampak jauh beza...

Leteren mak kami usah nak cakapla....bising sebab anak-anaknya terlampau hyperactive ditambah dengan kedegilan kami. tapi yang penting bapak kami maintain cool. Tapi di sebalik aktiviti yang penuh dengan lasak tersebut, kami turut menyertai mak cik2 marhaban di kenduri kawin dan naik buai baby. Disebabkan mak Ona adalah ustazah, jadi sedikit banyak dapatlah kami berbakti. Di sebalik kenakalan kami terselit jua aktiviti berfaedah.hekhe....

Bagi menghukum anak-anak degil ini, hukuman yang bakal diterima ialah perintah berkurung. Selalunya aku dan kakak aku (zai) dan ona sering menerima perintah berkurung. Maka intan dan manja akan mengetuk botol sebagai hint untuk kami keluar.

Dari jauh kami akan melaung perintah berkurung. Namun segala hukuman sering dilanggar. Selalunya perintah berkurung tidak akan lama, menjelang petang kami akan ingkar perintah berkurung, kembali kepada aktiviti biasa iaitu melepak, round kampung dan main baling tin.

Tahun 2002 kami semakin renggang kerana masing-masing membawa halatuju. Zai dan ona melanjut pelajaran ke menara gading. Tinggallah kami bertiga menghabiskan masa bersama dan meneruskan pengajian di sekolah menengah.

Walaupun Zotas ibarat terkubur, tidak aktif seperti dulu, kami masih berhubung sesama sendiri dan segala kenangan bersama masih segar dalam ingatan. Merekalah sahabat sejatiku sehingga kini walaupun jarang bertemu.

Bab 2 ( Zaman kuliah)

Tahun 2004 aku membawa gelaran mahasiswi di kampus induk UiTM Shah Alam. Sepanjang aku di UiTM, pelbagai kerenah manusia aku temui dari sebaik-baik manusia sehingga sejahat-jahatnya. Agak kejam untuk menilai manusia itu jahat, namun percaya atau tidak sesungguhnya aku telah terkena dengan seorang manusia spesies seperti ini. Berhenti saja di sini.

Bicara mengenai sahabatku di universiti, aku hanya mempunyai seorang sahabat yang bisa berkongsi segalanya tanpa prejudis. Intan Ismawati dan aku sering menghabiskan masa bersama. Susah senang sepanjang pangajian kami di universiti dilalui bersama. Sikitpun kami tidak ambil pusing mengenai hal-hal kawan-kawan yang saling kutuk-mengutuk.

Apa yang kami tahu pergi dan balik kuliah dan membuat tugasan bersama. Ketika ini barulah aku merasakan bahwa aku menemui teman sejati selain Zotas. Kami sering dilihat bersama selama tiga tahun tempoh pengajian.

Segala susah-senang kami tempuhi bersama dari melarikan diri dari pak guard kerana pakai selipar sehinggalah kamera SLR fakulti hilang. Selepas tamat pengajian, aku dan intan akan cuba mencuri masa untuk berjumpa walaupun dia begitu sibuk dengan pengajian masternya dan aku dengan alam pekerjaan yang kurasakan in hell.


Bab 3 ( Zaman Pekerjaan...benci)

Ketika alam pekerjaan inilah aku melaluinya seorang diri tanpa sahabat. Pada ketika ini jugalah aku ditikam belakang oleh seseorang yang gemar mengutuk, bagaikan tidak percaya aku perlu melaluinya sekali lagi.

Namun, di sebalik kesedihan itu aku dikelilingi oleh rakan-rakan ofis yang boleh luangkan waktu bersama tanpa prejudis dan prasangka buruk. Setidak-tidaknya aku punya teman yang bisa mewarnai hidupku walaupun tanpa sahabat.

Feb 5, 2009

EVIL INSIDE HER BODY....haiyo!!!

Setiap kali aku melihat dirinya yang bertopengkan wajah lemah lembut dan sifatnya yang sopan-santun, membuatkan aku menjadi menyampah dan meluat.

Ingin sekali aku mendedahkan ‘the evil inside her body’ yang tersirat di sebalik perwatakannya. Terasa ‘cap lima jari’ begitu ringan untuk menyinggah di pipinya sebagai balasan mengumpat dan menjaja tentang diriku.

Ikutkan hati, aku ingin sekali bersemuka dengan si dia dan lontarkan kata-kata kesat tepat ke arah mukanya sebagai membalas perasaan yangku pendam bertahun lamanya. Biar dia tahu betapa sakitnya hatiku atas perbuatan yang menjengkelkan itu.

Bukan sifatnya saja menjengkelkan malah mukanya juga membuat aku panas hati. ‘Dia’ begitu tepat dilabelkan sebagai ‘GOOD PRETENDER’. Setelah habis menjual modal seseorang itu, si ‘dia’ dengan slamber bersembang bagai tiada apa-apa yang berlaku.

Dia layak mendapat anugerah ’Pelakon Hipokrit Terbaik’. Tolonglah sesiapa sedarkan kepada si dia mengenai sifatnya yang suka mengutip dan menjaja keburukan seseorang itu walaupun di mata orang lain perkara tersebut tiada apa-apa.

Sungguh aku tidak mengerti manusia spesis ini. Seharusnya spesis ini pupus saja di muka bumi. Ibarat virus yang akhirnya akan menjatuhkan seseorang itu sedikit demi sedikit.

Kerna bagiku spesis ini bukan sahaja akan memporak-perandakan keadaan, malah kemungkinan akan meletusnya perang dunia III. Bagiku dia seorang pengecut yang berani bercakap di belakang.

Turut menyakitkan hati, aku sedikitpun tidak pernah memukul canang mengenai dirinya itu yang menjengkelkan.

Aku berharap dia sedar akan perbuatannya dan cuba memperbetulkan dirinya dengan menggunakan akal yang dikurniakan oleh tuhan. Bagiku selagi aku tidak menyentuh kau, jangan kau cuba menyentuh aku kerna sekali aku disentuh 10 kali dirimu akan ku sentuh....

Mind your own bussiness.....!!!!

seKadaR pErcubAan.....



cinta tak kumiliki…

tidak pernahku rasa diri ini disentuh sebegini rupa

tidak terlintas diri ini akan melalui penderitaan sehingga kewarasanku diuji

begitu kuatku rasakan aura dirinya kepada diriku

apalah ertinya kebahagian jika cinta yang membuatkan ku merindu tidak pernahku miliki

apa gunanya dikelilingi jejaka-jejaka kacak, bila cinta mengunci pintu hatiku, membutakan mataku segala keindahan yang terbentang

disaat kau pergi jauh dariku, aku hanya mampu melihat, seluruh tubuhku kaku, kejang tidak dapat bertindak

dalam setiap lamunan aku meyakinkan diriku agar satu masa nanti segalanya berubah dan menanggalkan segala kesedihan.

Laksana kaum pencinta , airmataku yang bening dan jernih menetes karena merindukan kasih yang tak kunjung datang

Kuluahkan segala isi hati ini dan tiada yangku sembunyikan kerna ku yakin hembusan angin akan menbisikkan luahanku kepadamu

Yang menceritakan segala perasaan yang kupendam

Kumahu kau tahu cinta yangku pendam ini hanya subur di dalam hatiku dan berakar dalam jiwaku

Saat bertemu denganmu, seolah ribuan kata inginku luahkan dari bibirku agar semuanya kembali sediakala

Namun apalah daya bibirku tidak mampu bergerak hanya mampu melihat cintaku hilang tanpa bisa aku miliki