May 30, 2009

Belacan, Geragok and Other Prawns

Kelakar, menyeronokan dan jenaka berbau sinikal, hanya tiga perkataan ini dapat diucapkan selepas menonton watak diterajui oleh Ashraf Zain dan Mark Beau de Silva.

Teater hasil tulisan Mark ini mengisahkan watak Emmanuel de Cruz (Mark) dan Adam Malik (Ashraf) yang bergelut dengan ranjau dalam kehidupan dan percintaan.

Teater yang hanya melibatkan dua pelakon ini menceritakan status bumiputera kaum Serani yang dilalui sendiri oleh Mark.

Dipendekan cerita, jalan cerita bermula apabila Emmanuel telah kehilangan kerjanya ketika ekonomi meleset. Bagi memberikan semula semangat kepada temannya, Adam memberi bimbingan dalam beberapa sesi temuduga olok-olok.

Menerusi babak berkenaan, telah menghadirkan lawak jenaka yang menyentuh isu semasa seperti hubungan sesama jenis, taraf bumiputera dan realiti kehidupan masyarakat kini, semuanya dibangkitkan dalam babak penceritaan.

Babak mengenai penceritaan hubungan mereka dan kisah silam berkenaan akhirnya menentukan masa hadapan mereka.


antara babak-babak dalam teater yang penuh dengan sinikal....heh...

May 28, 2009

Iman Tak Banyak Cakap


gambar ini dirakamkan bulan lalu ketika melepak di kedai Wira Sejati. tiba-tiba aie datang sambil mendukung seorang baby yang cute ke meja kami. Baby iman tak banyak cakap, nak suruh gelakpun susah. inikan pula kalau nak pegang, tapi syarat dia senang jer, kalau nak dukung dia kene berdiri, kalau duduk jangan harapla, pasti tak lama selepas itu akan disusuli dengan rengekan...matanya bulat, pipinya tembam dan badannya hantap, memang aku gewam dengan baby boy nie...heh(",)

Semput.....


Langkah pertamaku begitu longlai sebaik menatap tangga setinggi Batu Caves itu. Hatiku mula berbisik, terdayakah badan dan kaki ini mendaki anak-anak tangga menuju puncak Pulau Perhentian Kecil itu.

Maklumlah sudah lama tidak bersenam dan lemak-lemak tepu sudah sebati dalam badan membuatkan diri ini kecundang dari awal. Namun, ku kuatkan semangat. Sia-sia saja sekiranya aku tidak dapat sampai ke puncak melihat sendiri kincir angin yang menggunakan sistem solar hibrid.

Sambil ditemani bayu angin Laut China Selatan perlahan-lahan aku menaiki anak tangga menuju ke pondok hentian pertama. Nafas mula tercungap-cungap, dada mula terasa sempit, peluh mula menitis membasahi baju bertulis ‘Keep Us Glowing’ yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).heh….

Terik mentari tika itu bukan saja menggelapkan kulit aku yang sedia gelap, malah membuatkan mataku menjadi gelap dan berpinau. Sekali lagi aku memujuk diri, ‘yakin boleh, anda boleh lakukan,’ seru hatiku.

Aku hampir tewas tika sampai di pondok kedua. Melihat masih banyak anak tangga yang harus didaki, aku mulai putus asa. Dalam hati tuhan saja tahu betapa aku tercungap-cungap menarik nafas. Ibarat baru lepas dikejar badak sumbu rasanya.

“argh…..tak boleh jadi nie, aku mesti sampai kat atas, mcm mana nak buat story kalau kincir angin dan panel solar tak dapat tengok,” hatiku memberi kata-kata semangat.

Sungguh aku rasa tercabar apabila Dr. Zamzam dari unit nuklear TNB yang berusia itu boleh mendahului aku. “Adus, malunya,” keluh hatiku. Aku gagahkan jua kaki-kakiku ini melangkah satu persatu tangga.

Kepanasan angin laut membuatkan aku seakan ingin pitam. Ku pujuk hati, ku berikan semangat kepada diri agar sampai ke puncak. Akhirnya dengan rasa puas hati yang amat aku sampai jua ke puncak setelah bersusah payah berperang dengan perasaan ’give up' dan nafas yang tercungap-cungap. Yahooo..........

Akan tetapi, sehari selepas pendakian, urat-urat di betis kakiku mulai sakit-sakit dan tegang. Pinggang mula berasa sakit. Ibarat seperti orang tua, hendak dudukpun aku terpaksa melabuhkan punggungku secara perlahan-lahan.

Begitu besar sekali impaknya kepada sistem badan aku. Mungkin urat-urat badan aku terkejut kerana tuannya sudah lama tidak bersenam...heheheh...tiga hari jugala aku terpaksa menahan sakit lenguh-lenguh itu...

akhirnya berjaya jua sampai ke puncak (",)

Kutemukan cinta di situ....

Tiba-tiba hatiku berdebar sejurus menatap matanya, terus terdetik dihati ’inikah yang dikatakan cinta pandang pertama.’ Apa yang aku tahu mengenai cinta? Sesungguhnya aku begitu naif tentang cinta...itu yang pasti.

Jantungku berdegup laju, bibirku terkunci rapat setiap kali terserempak dengannya. Aku begitu ingin menatapnya tetapi setiap kali bertemunya aku menjadi kaget.

Seperti adanya arus elektrik yang mengalir, aku menjadi kejang, aku menjadi buntu, aku menjadi pemalu, seperti jasad lain sudah menguasai diriku.

Oh tuhan, uniknya perasaan ini yang diciptakan olehMu. Tidak pernah ku merasa terawang-awangan sebegini, desiran ombak seolah mengalunkan lagu-lagu cinta ke telingaku.....

Ku amati lagu-lagu itu, seolah-olah bermunajat cinta kepadaku....aku terus dibuai mimpi bersama-sama dewa cinta, (”,), huhuhuhu

May 8, 2009

FutSaL & SurPrise BirthDay



tepat jam 11.15 malam, aku dikejutkan dengan nyanyian happy birthday dari rakan-rakan sekerja yang baru sahaja habis futsal. terima kasih kepada tok dalang salwa, connie, susan, suzi dan aie...heh...

May 6, 2009

Aku Meningkat Dewasa


Selamat ulangtahun….

Tanggal 6 mei 1984 aku dilahirkan ke dunia jam 11.05 minit pagi (kalau tidak silap) di Hospital Besar Ipoh. Usiaku semakin meningkat, alhamdulilah Allah SWT masih memberiku peluang untuk bernafas dan melihat dunia ini.

Aku tidak mahu meminta banyak, cukup aku bahagia di dunia dan akhirat, cukup sekiranya aku dapat membahagiakan kedua ibu bapaku, cukup aku dapat membahagiakan abang dan kak nyahku dan cukup sekiranya teman-teman senang tika bersama aku. Itu saja tidak lebih dari itu.

Ketika ini aku memanjatkan kesyukuran kerana masih punya teman yang bisa aku percaya dan berkongsi kisah duka dan gembira. Moga mereka akan terus menjadi temanku dan terus mendokongku di kala susah dan senang.

Buat Mak dan Ayah terima kasih kerana membesarkan diriku dan mendidik anakmu ini. Segala yang buruk datangnya dari diri ini, sesungguhnya tanpa mereka aku tak bisa melihat bulan dan matahari. Sayangnya aku kepada mereka tidak dapat digambarkan. Buat Abang dan Kak Nyah kasih sayang yang tidak terhingga buat mereka yang sentiasa membentuk adikmu yang agak keras kepala ini.

Buat teman-temanku, sesungguhnya aku begitu sayang sama kamu semua dan terima kasih kerana menjadi teman yang aku boleh percayai. Jangan sesekali musnahkan kepercayaan ini....

Buat kak wan, dirimu sudahku anggap seperti kakak. Terima kasih kerana bisa mendengar keluhan hati ini dan memberi nasihat. Sedikitpun aku tidak pernah ragu kepadamu. Dirimu benar-benar memahami sifat dan caraku. Bagiku hanya engkau memahami diriku ini di pejabat.

Azraie (abg chaq) & Cuzi temanku. Walaupun persahabatan terjalin tahun ini, mereka teman aku melepak dan meluahkan masalah tika keliru dan berserabut. Aie sudahku anggap seperti abang yang menjadi rujukan dan untuk mendapatkan nasihat. Walaupun gila-gila dan kelucahan sedikit tapi nasihat yang diberikan boleh pakai. Hekhe..Cuzi teman senasibku, kami akan berkongsi apa jua masalah tentang nasib yang tidak menyebelahi kami nie...hehe...

Buat housemate aku, Connie, Salwa dan Susan, kamulah teman serumah terbaik buatku. Dan bagi menjawab soalan mulut jahat mengenai bahagiakah kami , sesungguhnya aku bahagia punya teman rumah seperti kamu yang tidak pernah berpura-pura. Sentiasa berbincang, bertoleransi dan penting sentiasa ketawa di kala melepak sambil menonton televisyen

Buat sahabat baikku Intan Ismawati walaupun kita semakin jauh namun persahabatan kita tidak pernah terputus. Walaupun sudah jarang bertemu namun jalinan kasih sayang itu masih utuh terbina. Setiap suka duka dikongsi bersama. Segala masalah kita dikongsi dan kita akan mencuri masa berjumpa walau sesibuk manapun.Bagiku dirimu teman terbaik buatku. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.

Tidak lupa buat teman sejatiku ZOTAS, walaupun masing-masing sudah membawa halatuju tetapi kenangan bersama tidak dilupakan. Buat teman-teman rapatku sejak dibangku sekolah, fazuli, usop, ayoi, ere, kamal, farid, botak (maaf jika ada nama yang lupa disebut) kamu adalah teman-temanku yang membesar bersama-sama dan terbaik. Akhir sekali Mets yang selalu bawa makanan buatku, ur the best....(",).