Jun 29, 2009

Malam Indah Dalam Duka

Aku menyusuri lebuh raya persekutuan dengan otak yang kosong sekosong laluan motosikal di sebelah kiriku…Perjalanan aku masih jauh, aku tidak tahu ke mana harusku arahkan stereng keretaku…

Tanganku pantas mengalihkan stesen radio dari hotz fm ke hitz fm. Meluat rasanya mendengar lagu yang diputarkan, sedih dan kisah percintaan yang tidak kesampaian.
Ikutkan hati enggan aku melayan perasaan sakit hati dan sedih ini.

Namun, emosi sudah menguasai hatiku sedikit demi sedikit. Aku pandu keretaku perlahan-lahan menuju ke Kuala Lumpur. Aku tidak dapat fikir ke mana harusku tuju. Otak aku mula berputar-putar dengan perasaan negatif.

Mulut aku terkumat-kamit,“aku benci!...aku tak suka, menyampahnya!,”lontaran suara tidak puas hatiku.

Aku lihat papan tanda di sebelah kiriku ’Lebuhraya Mahameru’. Terus aku membelok ke kiri. Jam menunjukkan hampir 10 malam. Otak aku berfikir ke mana harus kutuju. Bulan malam itu, seolah-olah menyembunyikan wajahnya. Seakan enggan melihat wajahku yang suram.

Kenderaan masih memenuhi jalan. Mungkin penghuni kota dalam perjalanan pulang ke rumah dan destinasi masing-masing. Yang pasti, aku keseorangan yang tidak tahu ke mana hala tuju.

Puas meredah setiap sudut kota metropolitan yang masih sibuk dengan manusia-manusia. Tepat jam 11.30 malam aku terus membawa diri pulang semula ke Shah Alam.

Hatiku masih dipenuhi perasaan marah, kecewa dan sakit hati. Memikirkan keikhlasan kawan dalam menjalinkan persahabatan bersamaku. Langsung tidak reda kemarahan dan sakit hati ini. Sebaik melepasi Tol Batu Tiga, aku teringat sesuatu, pantas aku mencapai telefon bimbit di sebelah.

Terus aku mencari satu nama dan menghantar mesej, ’Chaq kat kedaika? Nak p kat ang..,’ ringkas saja pesanan yang aku hantar.

Satu mesej masuk, ”Dah nak tutup pn. Pesal lambat.”
Aku menjawab, ”Hmm...Xpala. Dari KL, round2 bawa diri,” responku dalam nada sedikit kesal.
Chaq membalas,”Ermm,” aku sudah faham lalu membalas,”Takpala, lain kalila. Aku p sambung jalan2.heh..,” aku matikan kataku di situ.

Aku terus membawa diri ke Dataran Shah Alam, menenangkan fikiran sejenak. Tiba-tiba pipiku terasa hangat. Titisan air mata perlahan-lahan jatuh di pipi. Terus aku mengesat air mata itu sebelum jatuh ke dagu.

Aku terus memikirkan tentang keikhlasan, kejujuran dan maksud persahabatan itu sendiri. Mungkin aku yang terbawa-bawa akan perasaan ini seperti dipergunakan. Tapi biarlah...seperti biasa aku sendiri akan memendam perasaan dan terus memendam....

Jun 28, 2009

Cerita Cinta Rossa

Menyelusuri 'Cerita Cinta Rossa' yang bermula kira-kira jam 9 malam, membuatkan penonton dibuai perasaan sedih, gembira, terluka dan ditinggalkan kerana cinta menerusi lagu-lagu yang didendangkan.

Penonton dibuai lagu-lagu hitz Rossa antaranya, Ayat-ayat cinta, Atas nama cinta, Aku bukan untukmu, Terlalu cinta selain lagu rancaknya Pudar dan Hey Ladies.

Kira-kira 4,000 penonton dan peminat Rossa tidak berganjak menonton persembahan wanita genit itu selama sejam setengah. Yang pasti secara peribadi, aku tersentuh dengan lagu barunya, 'Hati Yang Kau Sakiti.'

Pada malam itu, Rossa mendendangkan sebanyak 16 lagu.

Tumpukan matamu di skrin belakang!

Rossa mendendangkan lagu Seribu Malam

Rossa & Pasha- Terlanjur Cinta

Jun 26, 2009

Kalau aku punya kuasa

Aku benci, aku sedih, aku sakit hati, aku sangsi
Segala-galanya perasaan negatif
Aku tak suka, aku jadi menyampah
Aku tak suka,aku fikirkan keikhlasan dalam persahabatan

Aku rasa aku dipergunakan...cari aku bila perlu
Aku rasa tiada keikhlasan dalam hubungan kawan
Hanya nak guna aku bila diperlukan
Kenapa aku saja yang mengalah

Bila sedih, aku sendiri...
Aku jadi menyampah, aku jadi sakit hati
Semuanya PLASTIK.....

Kalau aku punya kuasa
Boleh baca perasaan dan fikiran orang
Kan mudah!

Jun 24, 2009

Brek!!!

Hari ini demi memenuhi spesifikasi maklumat untuk story yang masih di dalam proses, aku menjadikan kereta aku sebagai bahan kajian. Jadi akupun melalui lorong sukarela buat mereka yang ingin memeriksa kenderaan sama ada memenuhi piawaian Puspakom atau tidak.

Namun, berlaku insiden benar-benar memalukan dan menunjukkan sebenarnya perempuan nie hanya tahu bawa kereta saja. Akupun tergolong dalam kumpulan itu…
Ketika pemeriksaan suspension dilakukan, aku dibenarkan melihat sendiri bawah kereta, dari situlah terserlah kebodohan aku tentang kereta...heh

Rais: Dari sini kita boleh lihat brek berfungsi atau tidak dan tiada welding berlaku. Bahagian depan kita guna break disc dan belakang break drum
Aku: Wokey….kete saya ada brek belakang ek, ingatkan takde. Break belakang kat mana ek?
Rais: Yang awak tekan kat depan tue untuk brek belakang sekalila….
Aku: heh…opsss….sory soalan bodoh!...gelak besar sebab terasa kebodohan sendiri…huahuahua…

Wawa...terasa bodoh, tapi at least tak bodoh sombong, tak tahu tanya…betul tak…

aku dan rais di bawah kereta gue (maaf gambar backlite)

Jun 19, 2009

Logikkah?

Dalam perjalanan menuju ke Banting bersama Fairus (assignment scoop katanya), tercetus satu perbualan ilmiah yang entah di mana logikanya….hwahwa…

Aku: Aku tengok makanan kat kedai Cina nie mcm best jer kan? Tengok diaorang masak cincai jer, tapi nampak sedap..
Fairus: Bilako cakap pasal makanan nie, aku teringat zaman dulu, kenapa orang Melayu kita senang dijajah. Bayangkan makanan kita semua lemak-lemak
Zaman Portugis serang Melaka, diaorag serang time pagi
Aku: Habis tue?
Fairus: Orang Melayu pagi-pagi dah makan nasi lemak, lepas tue ngantuk, mestilah kalah, lepas tue diaorang serang time tengah ari, time tu kan waktu makan kita, tentula makanan berlemak, tentu-tentu ngantuk. Tue sebab kita kalah gak
Aku: Aáh ek...heh (dalam ketawa sinis memikirkan logikkah, ada kebenarannya gak yang pasti fakta jer takde...ekeke)

Jun 5, 2009

'Revelling in Aestheticism'

China merupakan sebuah negara bertamadun yang paling tua selain memiliki dewangga yang kaya dengan perubahan sejarah budaya lebih dari 2,000 tahun. Melalui itu, satu pameran lukisan diadakan yang mempamerkan 15 hasil karya jari-jemari artis cat minyak China bertemakan 'Revelling in Aestheticism'.

Selamat menatap beberapa bingkisan dari artis China:-


spread the love-bathing

Tibet and I

Gara-gara tape recoder

Ceritera ini bukanlah mengenai penyeluk saku, samun atau samseng jalanan. Tetapi satu insiden yang agak memalukan dan membuatkan aku diselubungi perasaan bersalah sepanjang 21 Mei lalu.

Teraju utama drama singkat ini tentunya diriku dan dibantu beberapa pelakon tambahan yang secara tidak sengaja telah disusahkan oleh aku dalam sedutan ‘Gara-gara tape recoder’ ini. Semuanya bermula dengan satu ayat, ‘Sim, aku rasa aku tertinggal barang dalam kereta,’ sergah aku ketika itu bas sudah menuju ke KLIA.

Disebabkan insiden berkenaan jugalah aku menjadi bahan selama empat hari di Terengganu. Heh…mengimbas kembali perjalanan sebelum aku menaiki bas……

Tepat jam 6.00 pagi dengan mata yang sepet aku memandu menuju ke Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar. Malam sebelumnya hatiku sudah tidak karuan dan gelisah. Tidak aku endahkan perasaan itu kalau ikutkan sangat tidak tidurla aku, sedangkan aku kena bangun seawal 5.30 pagi.

Sambil menyanyikan lagu Run oleh Leona Lewis diputarkan Hitz FM, aku terus dibuai mimpi-mimpi indah walaupun ketika itu sudah berada di Lebuh Raya Persekutuan.

‘Kenapalah subuh-subuh pagi begini aku kena ada kat sini, huh,” hatiku berbisik.

Setibanya di parking TNB, Bangsar aku terus menyumbat barang-barang ke dalam beg sandang. Selepas memastikan aku tidak meninggalkan barang-barang penting di dalam kereta aku memulakan langkah malasku menuju ke lobi.

Tetapi hajatku terhenti apabila menemui Hasim Utusan. Rakan sekerja ketika aku ditempatkan di meja jenayah dahulu. Aku terus bertegur sapa dengannya di bawah pondok yang dililiti daun-daun pokok.

Tiba-tiba terngiang-ngiang suara editor aku di telinga,

“hazah, jangan lupa bawa tape recoder, sebab banyak story yang awak nak buat nie,” terus aku tersentak lalu aku keluarkan bateri energizer yang baru dibeli sesubuh pagi tadi untuk dimasukkan ke dalam tape recoder.

Selesai tugas wajib berkenaan, aku terus duduk mendengar perbualan Hasim dan Akma. Jasad aku sudah melayang entah ke mana, fikiran aku terbang merentasi langit ke tujuh.

Aku dikejutkan dengan satu suara yang entah dari mana, “dah bley naik bas, ” tersentak, lalu aku menuju ke bas dan memilih tempat duduk di belakang sekali.

Otak yang kepenatan, badan yang lesu, aku teringatkan kak nyah ku, lalu aku menggeledah poket depan beg aku untuk mencari telefon bimbit 012 bagi mengabarkan kepadanya aku sudah bertolak.

Lantas, ibarat dipanah petir, aku terus menggeledah setiap bucu beg aku, namun tidakku jumpa objek empat segi berwarna coklat. Gemuruh mula menguasai diri, bas terpaksa berpatah semula.

Setibanya di TNB, Bangsar, sepantas kilat aku terus menuruni bas mencari dompet dalam kereta. Azril mengiringi memberitahu aku akan menaiki van bersama kakitangan TNB yang lain.

Dalam kereta tiada, tempat aku duduk tadi tiada jugak, aku menjadi buntu....dalam hati berkata, ‘mana aku letak nieh,’ ngomel hatiku.

Kak Hanim dan En. Mohamad menenangkan hatiku dan mengingat semula di mana aku duduk sebelum itu,....

Aku menunjukkan pondok tempat aku melabuhkan punggungku, lalu kami menuju dan terlihat satu objek yang ku cari....alhamdulilah akhirnya jumpa jua dompet aku...rupa-rupanya aku tidak memasukkan dompet aku ketika mengeluarkan tape recoder tadi.

Disebabkan dompet itu, aku menjadi punca kepada kelewatan rombongan cik kiah check in flight dan menyebabkan Kak Hanim berpeluh-peluh. Ditambah pula dengan bas yang sedia lambat pergerakan itu membuatkan ianya lewat tiba di KLIA.

Semuanya menjadi kucar-kacir disebabkan aku dan nasib Kak Hanim dapat menguruskan segalanya. Disebabkan insiden itu aku menjadi blur sepanjang hari tersebut....heh....Terima kasih kepada Azril kerana tolong menjagakan beg gue...

Yang penting media TNB is the best, maaf menyusahkan kalian dan membuatkan semuanya menjadi tidak tentu arah....hikhik...

p/s- kak anim utang nyanyi tue nanti orang bayar ek, kita karaoke sama-sama...wahahah(”,)

Kak Hanim & Azril (pic ini gue curi dari FB Azril, sowy)

Jun 2, 2009

Mereka...

jujurkah mereka, ikhlaskah mereka? Adakah 'makhluk' ini sekadar teman di kala susah, adakah 'makhluk' ini hanya dikatakan teman pabila hendak digunakan dan diperlukan?

terguris rasanya jika 'makhluk'ini dicari pabila diperlukan. terguris rasanya hanya 'makhluk' ini menganggap mereka teman, tapi mereka tidak.

Jika mereka sudah diangkat sebagai teman, tiada tolok bandingnya lagi kepercayaan diberikan pada mereka, tiada tolok bandingnya sayang pada mereka sebagai teman.

sekali lagi kekeliruan meracuni pemikiran tentang keikhlasan dan kejujuran!