Sep 15, 2009

Waktu itu

Hari ini aku lihat bintang dan bulan seakan bersatu
Hari ini kehidupan aku mungkin akan berubah
Aku tidak mahu tersungkur selamanya
Aku tidak mahu berada dalam lubang hitam sepanjang hayat

Walau aku berasa kebahagian itu semakin jauh
Walau aku punya rasa tidak bisa genggam cahaya itu
Namun aku yakin hari itu akan datang
Akanku tanamkan keyakinan itu

Sep 9, 2009

Kenyataan penuh dengan penafian

Entah…Cahaya jadi celaru dengan kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakan berlainan jantina dengannya. Entah….Cahaya jadi geram dengan kenyataan penuh dengan penafian.

Bagi Cahaya mengapa perlu mengaku ‘single’ jika hati sudah berpunya. Kabarkan saja pada rakan-rakanmu yang kamu sudah punya pasangan. Kalau dimaklumkan, kamu rasa reputasi kamu akan menurun dan tidak boleh mengorat wanita lain?

Entah...Cahaya juga tidak faham jika insan itu diakui sebagai rakan tapi kamu mengeluarkan ayat-ayat manja ketika berbual atau berbalas SMS dengannya.’I Love You and Miss You Too, Darling.’ Tidakkah terlintas ada ‘sesuatu’ berlaku dalam perhubungan yang dinyatakan sebagai kawan itu.

Mengapa perlu dinafikan? Mengapa perlu mengakui sekadar rakan?Sekiranya ada sesuatu dalam perhubungan yang terjalin atas dakwaan sekadar rakan, mengapa perlu berbohong.
Perkara seperti ini membuatkan Cahaya menjadi bosan. Hidup penuh dengan penafian. Sekiranya wujud sesuatu dalam perhubungan itu, Cahaya doakan kebahagian, Cuma satu pinta Cahaya jangan berbohong!

Sep 2, 2009

Cahaya Enggan Bicara Tentang Itu....


Cahaya menyusuri Lebuh Raya Persekutuan. Jarum jam menghampiri nombor sembilan. Otak Cahaya berputar memikirkan mahu menuju ke mana? Jika pulang ke rumah, tiada siapa berada di rumah, tentunya ruang tamu sunyi apatah lagi bilik yang dihuni oleh Cahaya bersama temannya sejak awal tahun.

Nak pergi solat terawihpun tak boleh, Cahaya masih dalam mood bulan merah. Lalu terlintas di fikirannya, ‘Andika!’. Hati Cahaya berkata, “Kalau lepak di kedai Andika Ok gak, dah lama tidak ketemu sama si pujangga klasik itu.”

Lantas Cahaya membelokkan sterengnya ke kiri menuju ke Pusat Bandar Shah Alam. Sepanjang perjalanan menuju ke kedai Andika, mata Cahaya dijamu dengan gerai-gerai barangan dan pakaian buat penghuni yang bakal menyambut Aidilfitri.

Sampai saja di kedai Andika, “masih tidak ramai pengunjung,” getusnya. Cahaya hanya melihat dua pasangan baru saja selesai menikmati hidangan mereka. Mungkin baru berbuka, bisik Cahaya pada dirinya.

Mencari port yang sesuai, lantas Cahaya melabohkan punggungnya. Andika menghampiri, “ko sorang je?”

Cahaya membalas, ”A’ah, aku baru balik dari Mid Valley berbuka dengan kakak aku dengan kawan dia (Cahaya cuba melindungi bulan merahnya), Kaseh pergi Seremban, aku sorangje.”

Berkongsi cerita mengenai telatah rakan-rakan, tiba-tiba Andika menyentuh isu yang membuatkan Cahaya tersentak. Kalau boleh Cahaya tidak mahu langsung mengingatkan lagi kisah itu.

”Macam mana dengan masalah ko, dah setel?” tanya Andika.
Cahaya memandang Andika, soalan itu tidak dapat dijawab. Tiba-tiba hatinya menjadi pilu.

Perlukah Andika mengembalikan semula perasaan bagai dicampak ke dalam gaung maha curam yang membuatkan diri tenggelam dalam dunia kegelapan. Kerana masalah itu juga, Cahaya menyepikan diri terperuk ibarat berada dalam lubang gelap selama seminggu dan enggan berbicara dengan sesiapapun.

Lantas wajah dua insan yang membawa dirinya ke dunia melintas, dengan ringkas Cahaya membalas, ”macam tuelah,” sambil meleparkan senyuman hambar kepada Andika.

”Sampai bila kau nak biarje, aku rasako sebenarnya cuba lari dari masalah tue sendiri, ko tak nak langsung berhadapan dengan benda tue, kau sebenarnya pentingkan diri sendiri,” tegur Andika sementara rokok Winston di jarinya memuntahkan asap pekat berkepul.

”Hari tue kawan lelaki aku kat Klang cerita masalah dia jugak dekat aku, tapi aku rasa yang nie lagi teruk dariko,” tambah Andika, terus menceritakan masalah rakannya.

Tanpa disedari kolam air mata mula terbentuk di mata kecil Cahaya, ternyata benteng tidak dapat lagi menahan, titik-titik air mata berderai di pipinya. Pantas jari Cahaya menempias titisan sebelum jatuh ke dagu.

”Pentingkan diri...” ngelus suara hatinya. Menahan tangisan, suara Cahaya bergetar menjawab, ”ntahla, akupun tak tau. Memang aku cuba mengelak dan tak nak fikir.” Benci sekali Cahaya menangis di hadapan orang.

Andika mengasak, ”Sampai bilako nak mengelak, ko dah balik belom?” sinis sekali pertanyaan melalui hujung matanya.

Mulai diseret perasaan bersalah, Cahaya menjawab, ”dah sebulan lebih tak balik, selalu setiap minggu atau dua minggu sekali aku balik, tak tahu macam mana nak berhadapan dengan perkara tue kalau balik, ntahla.”

”Heh, entahla, jangan raya nantiko tak balik dah a, jangan sampai sesuatu benda terjadi ko menyesal lepas tue dh tak boleh nak buat apa,” ringkas namun menusuk sekali katanya.

”Raya aku balikla takkan tak balik pulak (walaupun sebelum ini Cahaya pernah terlintas enggan pulang beraya),” suara Cahaya.

Kisah yang enggan Cahaya bicarakan itu, tidak terhenti di situ, Andika mengimbas kembali detik 27 Julai, bagaimana rakan serumah Cahaya dan teman rapatnya menjadikan Andika sebagai kaunter pertanyaan.

Mereka menanyakan ke manakah Cahaya menghilang secara tiba-tiba, telefon bimbitnya juga gagal dihubungi. Sekali lagi Cahaya dililiti perasaan bersalah.
Cahaya sendiri tidak menyangka perkara itu akan berlaku dan secara tidak sengaja membuatkan Andika terjerumus sama.

Bukan Cahaya tidak mahu bercerita kepada mereka, bukan juga kerna malu seperti dakwaan Andika, cuma bagi Cahaya tidak perlu. Kerna Cahaya tidak punya rasa untuk bercerita kisah yang tidak pernah diundang itu kepada mereka.

Insan pertama yang mengetahui kisah duka ini hanya Andika dan Kaseh, mungkin kerana ketika itu Cahaya banyak menghabiskan masa bersama mereka. Terima kasih Cahaya ucapkan kerana menyimpan baik kisah itu, walaupun mempunyai rasa rimas dan terbeban berhubung pertanyaan ’Apa masalah yang dihadapi oleh Cahaya.’

Cahaya menghilangkan diri pada waktu itu, bukannya membawa diri ke manapun, tapi menemui teman karibnya, Pelangi. Meluahkan rasa terpendam yang begitu menyakitkan. Cahaya sudah tidak boleh menanggung perasaan yang berperang dengan sedih dan sakit hati.

Melalui insiden itu, Cahaya juga mempelajari perkara baru apabila ’barang’ dirujuk kepada manusia. Terima kasih ’barang’ yang dimaksudkan oleh Andika.

”Satu saja Cahaya tahu, Cahaya punya kawan yang boleh dipercayai dan bisa berada di sisi Cahaya waktu senang dan susah. Bisa menasihati, malah Cahaya tahu, Cahaya tidak perlu ragu dengan mereka,” bisik Cahaya tersenyum keseorangan menamatkan penulisannya sambil menjeling jam analog komputer riba tepat menunjukan jam 1 pagi.

Cahaya menutup komputer ribanya, terus melelapkan mata mencari kekuatan dalam mimpi untuk berhadapan dengan masalahnya.