Sudah lama kiranya aku tidak menjenguk blog usang ini sehinggakan sudah berhabuk dan bersawang. Entry kali ini benar-benar datang dari lubuk hati aku yang kini kesedihan dan kehampaan.
Semuanya bermula dengan ‘Aku Mahu Kamu, Pelangiku!’ kini aku bagai disumpah dengan entry berkenaan. Apa yang nyata, kini aku sudah tidak mahu kamu Pelangiku!
Mulutku berkata tidak, tapi hati ini begitu sukar untuk melepaskanmu. Mungkin aku sentiasa malang dalam hal yang membabitkan perasaan. Aku bagai tersentak bila rakanku menyatakan turut ‘suka’ sama kamu.
Aku tidak keruan, apa benar kamu dan dia selalu berbual menerusi chat di facebook. Apa aku ini hanya berpegang pada angan-angan yang belum tentu menjadi kenyataan.
Apa rasanya bila teman cuba memberi amaran walau dalam nada gurau ’hei, aku jumpa dia dulu, k.” hanya tuhan tahu perasaanku ketika itu, bagaikan memahami amaran tsunami yang diberikan...aku mendiamkan diri lantas lemparkan senyuman tawar.
Walau aku penah menyatakan aku suka padamu padanya...nyata dia berpura-pura enggan memahami. Tapi tidak apa aku memahami, sungguh memahami. Aku ini bukanlah gadis yang sering mendapat perhatian ketika di tengah lautan manusia.
Aku ini bukanlah seorang gadis yang bisa menawan hati lelaki dan punya aura pemikat. Tapi pabila hati ini sudah suka, begitu sukar untuk aku memandang orang lain, walaupun menyukai kamu dalam diam wahai Pelangiku.
Aku bukan pengalah, tapi aku tidak mahu hati ini disakiti buat kali kedua...aku tidak mahu melihat hati ini hancur dan tercampak dalam lorong hitam...aku tidak mahu itu terjadi..
Nyata, aku lebih rela menjauhkan diri...biarkan waktu dan takdir tuhan yang menentukan.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment