Oct 24, 2012

~Perjalanan hidup ibarat air terus mengalir


Hanya perbezaan O dan U telah mempertemukan kita . Dan bermula dari tanggal 17 Januari itu kamu mula menyapa aku.

Fano…….Kupu-kupu ini bukan sahaja istimewa tetapi pelengkap hidupku. Seorang lelaki yang sama istimewanya. Kupu-kupu ini lembut bahkan senang didekati. Dia lebih memiliki isi dan dia merubah AKU.

AKU….akulah Tya! Yang mula merasakan kehadiran Fano melengkapi sebahagian dari hatiku.

Dia menarik aku tinggi cukup tinggi sehingga aku dapat berdiri tegar dan yakin dengan keberadaanku. Perbedaan yang membuat kita saling melengkapi. Melengkapi dia sendiri dan melengkapi aku.

Kupu-kupu itu yang sekian lama aku nantikan. Tidak pernah aku anggap perjalanan pertemuan aku dan Fano ini ibarat ‘perpisahan’. Cukup dengan keberadaan dia buat aku tenang dan punya peneman di sisi.

Sampai kini, aku yakin kupu-kupu itu untuk aku selamanya. Kalau aku tahu bahawa kamu hanya dipinjamkan sebentar dalam hidupku, aku ngak biarkan perasaan itu hanyut terus Fan.

Biar ada jurang, agar aku tidak merana seperti ini. Aku bagai daun-daun kering menunggu.., letih untuk aku mengharungi hidup……

No comments:

Post a Comment