Dec 22, 2009

Hammock Roboh


Misi Platun A (Platun Merah)company alfa, menduduki pangkalan dan melaksanakan rondaan agresif untuk mencari dan memusnahkan musuh di sektor dalam jangka masa sehari untuk membantu company alfa mencari dan memusnahkan musuh di kawasan Hutan Belum.

Rondaan agresif mencari dan memusnahkan musuh serta semua sistem perhubungan dan tempat menyimpan makanan. Platun perlu melalui tiga fasa persiapan iaitu kemasukkan, pelaksanaan gerakan dan penarikan keluar.

Ini adalah perintah yang diterima Platun Merah daripada pegawai platun, Leftenan Fauzan Md. Sabri, 20 sebelum menuju ke Hutan Simpan Royal Belum, Tasik Banding, keesokannya.

”Platun Merah, esok kita akan bergerak ke Kem Grik, pastikan anda berkumpul pada jam 7.30 pagi, jangan lambat!,” Ketua Platun Merah saudara Shah dari majalah Perajurit mengeluarkan arahan.

Ini merupakan satu-satunya pengalaman seumur hidup yang tidak akan aku lupakan. Mengikuti program 2749 Minit Menghayati Suasana Operasi Di Dalam Hutan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan saat yang aku nantikan untuk memasuki Royal Belum secara halal.

Segala-galanya bermula di Kem Grik apabila platun mula menaiki trak tiga tan menuju ke Kem 479 Banding. Ketika berada dalam trak aku rasa seperti berada dalam filem Prebet Lapok yang dibintangi oleh A. R. Badul.

Kenderaan kami diiringi dua buah kereta perisai dan ketika itu aku rasakan seperti ingin bertempur. Tugas kereta perisai berkenaan bertujuan memastikan jalan yang bakal dilalui oleh trak kami selamat dari serangan musuh.

Mengikut prosedur, kereta perisai ini akan jalan terlebih dahulu sebelum trak yang membawa anggota atau bekalan makanan melaluinya. Sekiranya berlaku ancaman musuh dan halangan kereta perisai ini terlebih dahulu akan bertempur.

Aku ditempatkan dalam Platun Merah. Lima trak digunakan bagi membawa wakil media ke Kem Banding. Turun sahaja daripada trak, kami menerima arahan agar bergerak ke jeti untuk memulakan perjalanan ke Royal Belum.

Kesemua platun menaiki bot tempur yang disediakan, perjalanan selama tiga jam membuatkan aku tidak senang duduk. Beberapa kali antara kami terjaga dari tidur namun masih tidak tiba.

Malahan, kami kurang bernasib baik kerana enjin bot mengalami kerosakkan. Tidak berapa lama, sebuah bot menghampiri membantu memindahkan barang dan beberapa orang platun.

Aku mula merasai bagaimana keperitan dan kesusahan perajurit dahulu menentang komunis selama tempoh 41 tahun (1948-1989) memerangi dan menewaskan Parti Komunis Malaya (PKM).

Platun Merah agak bertuah kerana mempunyai ketua platun yang tegas dan kami dilayan seperti tentera sebenar. Masih terngiang lagi suara ketua platun setiap kali memberi arahan dalam memastikan agar kami menepati masa, ”Merah, pantas, lima minit!.”

Sehinggakan ada di antara platun yang berbisik, ”Aku sudah fobia dengar perkataan merah dan lima minit.” Aku sendiri menjadi fobia dan tertekan apabila terdengar saja jeritan Merah tidak tentu arah dibuatnya.

Mahu atau tidak kami telahpun menyahut cabaran dan sahutan perlu diteruskan.
Setibanya di Kem Pangkalan Royal Belum, kami terus masuk ke dalam hutan melaksanakan operasi dalam peperangan melawan insurgensi dengan membina pangkalan dan bermalam.



Setiap platun mula mengangkat kayu untuk membina hammock masing-masing. Aku bersama rakan sekerja Connie (kebetulan berada dalam kumpulan yang sama) mula mengangkat satu-persatu kayu.

Penat mendaki bukit masih belum hilang dan kini aku terpaksa mendirikan hammock. Perut sudah berkeroncong jam sudah menunjukkan jam 3 petang. Kira-kira sejam jugakla untuk kami mendirikan Hammock masing-masing.

Pegawai Platun Merah, Leftenan Fauzan meninjau Hammock kami dan tergelak kecil melihat hammock berkenaan, ”Hammock korang ini tidak kukuh, silap-silap boleh jatuh,”katanya.

Dengan selambe aku menjawab,“hah, takpela tuan kitaorg dh test, ok jer takde apa2, harap2 malam nie tak robohla.“

Jika dilihat kepada bentuk fizikal hammock kami tidaklah seteguh dan sekemas yang didirikan oleh anggota tentera sebenar. Hammock yang dibina oleh kami sedikit melendut dan tiang kayu sedikit condong.

Namun, malam itu kami terdengar bunyi jatuh, gedebuk! dan terdengar, ” Kenapa kau tak ikat kuat-kuat hammock tu.” Ternyata malam itu bukan hammock kami yang roboh. Pagi keesokannya kami bertanya kepada anggota platun yang lain, rupa-rupanya Hammock Uncle Sager dari NSTP yang roboh.

Uncle Sager dari Platun Merah dan jiran khemah aku, patutlah dengan jelas boleh dengar dia terjatuh.

Berdekah-dekah Platun Merah ketawa. Bila difikirkan kembali memang lawak, nampaknya kami memang tidak sesuai untuk menjadi tentera. Pengalaman selama tiga hari bersama wakil media yang lain memang berharga.

Kami diberi pendedahan cara-cara survival dalam hutan, mengesan musuh menggunakan anjing pengesan, kehidupan tentera ketika beroperasi dalam hutan dan demonstrasi menyelamatkan tebusan oleh ATM.

Ucapan syabas juga buat Platun Merah kerana dinobatkan sebagai platun terbaik walaupun hakikatnya kami terseksa dan dihantui dengan jeritan ketua platun. Sehinggakan ada antara kami yang fobia setiap kali terdengar perkataan merah dan lima minit.

Dec 1, 2009

Datang dan pergi

Perasaan itu datang,
Pabila ia datang aku mula rasakan bahagia
Pagiku disambut dengan senyuman
Jantungku mengalunkan lagu indah

Perasaan itu datang lagi,
Jantungku denyutkan namamu,
Bunga-bunga cinta mulai mekar
Sungguh misteri perasaan ini

Tapi kini perasaan itu pergi,
Rasa itu sendiri sukar dimengertikan
Hati itu terus membeku
Sekali lagi ia menyerah....

Sekali lagi perasaan itu datang dan pergi ditutupi awan-awan pasrah....

Nov 16, 2009

Tersungkur

Tik…tok…tik..tok…bunyi jam berdenting membingitkan telinga…makhluk itu duduk bersendirian…pelbagai bunyi bisa didengar dalam suasana bilik yang sunyi sepi itu

Makhluk itu duduk merapatkan kedua kakinya ke badan. Sambil bersandarkan badan ke dinding, kepalanya tunduk menyembah lantai tanpa disedari titisan air mata perlahan-lahan jatuh.

Tidak tertahan rasanya kesakitan yang ditanggung. Ibarat beratus-ratus manusia kerdil mencucuk-cucuk jarum di bahagian kepalanya.

Apakah sudah tiba saatnya dia pergi, apakah Malaikat Maut sudah bersedia mencabut nyawanya pada jam 12 tengah malam itu. Makhluk itu seakan ingin menjerit, tetapi kesakitan yang dialami mengatasi segalanya.

Apa yang mampu dilakukan hanyalah, menangis dan terus menangis. Selama ini, makhluk itu hanya menyimpan kesakitan yang dialami tanpa seorangpun mengetahuinya.

Adakah maut semakin menghampiri? Adakah di usia muda sebegini, tuhan telah menentukan jasadnya pergi meninggalkan dunia.

”Aku sudah tidak sanggup lagi menahan, Ya Tuhanku, kau ambil saja nyawaku. Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi di dunia ini.

“Yang ada cuma masalah satu per satu....ambil saja nyawa ini,” jerit batinnya.

Mata makhluk itu mulai kemerahan dan membengkak dalam tangisan. Selama ini dia mengasingkan diri daripada rakan-rakannya yang boleh dianggap rapat dengannya....

Kini dia tersungkur seperti biasa menanggung kesakitan seorang diri.......

Oct 21, 2009

Potret itu.....

Mama please stop crying, sesungguhnya aku sudah tidak tahan dengan esakan itu…
Kesakitan itu sungguh pedih dan ianya membuatkan aku lemah

Tidak mudah untuk hidup dalam dunia itu, tidak ketahui apa akan terjadi dengan cinta itu, aku sudah melihatnya….

Aku tidak mahu cinta memusnahkan diriku, seperti apa yang berlaku kepada family ini

Tidak bolehkah kita selesaikan...tidak bolehkah kita jadi seperti dulu,
Aku berjanji akan menjadi lebih baik dan lakukan segalanya

Aku membawa diri kini, lari dari segala pertengkaran...larikan diri
Tidak mahu kembali ke tempat itu, tapi tiada pilihan, tiada jalan

Dalam potret itu kita kelihatan sungguh bahagia dan sungguh normal
Lets go back to that…..

Sep 15, 2009

Waktu itu

Hari ini aku lihat bintang dan bulan seakan bersatu
Hari ini kehidupan aku mungkin akan berubah
Aku tidak mahu tersungkur selamanya
Aku tidak mahu berada dalam lubang hitam sepanjang hayat

Walau aku berasa kebahagian itu semakin jauh
Walau aku punya rasa tidak bisa genggam cahaya itu
Namun aku yakin hari itu akan datang
Akanku tanamkan keyakinan itu

Sep 9, 2009

Kenyataan penuh dengan penafian

Entah…Cahaya jadi celaru dengan kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakan berlainan jantina dengannya. Entah….Cahaya jadi geram dengan kenyataan penuh dengan penafian.

Bagi Cahaya mengapa perlu mengaku ‘single’ jika hati sudah berpunya. Kabarkan saja pada rakan-rakanmu yang kamu sudah punya pasangan. Kalau dimaklumkan, kamu rasa reputasi kamu akan menurun dan tidak boleh mengorat wanita lain?

Entah...Cahaya juga tidak faham jika insan itu diakui sebagai rakan tapi kamu mengeluarkan ayat-ayat manja ketika berbual atau berbalas SMS dengannya.’I Love You and Miss You Too, Darling.’ Tidakkah terlintas ada ‘sesuatu’ berlaku dalam perhubungan yang dinyatakan sebagai kawan itu.

Mengapa perlu dinafikan? Mengapa perlu mengakui sekadar rakan?Sekiranya ada sesuatu dalam perhubungan yang terjalin atas dakwaan sekadar rakan, mengapa perlu berbohong.
Perkara seperti ini membuatkan Cahaya menjadi bosan. Hidup penuh dengan penafian. Sekiranya wujud sesuatu dalam perhubungan itu, Cahaya doakan kebahagian, Cuma satu pinta Cahaya jangan berbohong!

Sep 2, 2009

Cahaya Enggan Bicara Tentang Itu....


Cahaya menyusuri Lebuh Raya Persekutuan. Jarum jam menghampiri nombor sembilan. Otak Cahaya berputar memikirkan mahu menuju ke mana? Jika pulang ke rumah, tiada siapa berada di rumah, tentunya ruang tamu sunyi apatah lagi bilik yang dihuni oleh Cahaya bersama temannya sejak awal tahun.

Nak pergi solat terawihpun tak boleh, Cahaya masih dalam mood bulan merah. Lalu terlintas di fikirannya, ‘Andika!’. Hati Cahaya berkata, “Kalau lepak di kedai Andika Ok gak, dah lama tidak ketemu sama si pujangga klasik itu.”

Lantas Cahaya membelokkan sterengnya ke kiri menuju ke Pusat Bandar Shah Alam. Sepanjang perjalanan menuju ke kedai Andika, mata Cahaya dijamu dengan gerai-gerai barangan dan pakaian buat penghuni yang bakal menyambut Aidilfitri.

Sampai saja di kedai Andika, “masih tidak ramai pengunjung,” getusnya. Cahaya hanya melihat dua pasangan baru saja selesai menikmati hidangan mereka. Mungkin baru berbuka, bisik Cahaya pada dirinya.

Mencari port yang sesuai, lantas Cahaya melabohkan punggungnya. Andika menghampiri, “ko sorang je?”

Cahaya membalas, ”A’ah, aku baru balik dari Mid Valley berbuka dengan kakak aku dengan kawan dia (Cahaya cuba melindungi bulan merahnya), Kaseh pergi Seremban, aku sorangje.”

Berkongsi cerita mengenai telatah rakan-rakan, tiba-tiba Andika menyentuh isu yang membuatkan Cahaya tersentak. Kalau boleh Cahaya tidak mahu langsung mengingatkan lagi kisah itu.

”Macam mana dengan masalah ko, dah setel?” tanya Andika.
Cahaya memandang Andika, soalan itu tidak dapat dijawab. Tiba-tiba hatinya menjadi pilu.

Perlukah Andika mengembalikan semula perasaan bagai dicampak ke dalam gaung maha curam yang membuatkan diri tenggelam dalam dunia kegelapan. Kerana masalah itu juga, Cahaya menyepikan diri terperuk ibarat berada dalam lubang gelap selama seminggu dan enggan berbicara dengan sesiapapun.

Lantas wajah dua insan yang membawa dirinya ke dunia melintas, dengan ringkas Cahaya membalas, ”macam tuelah,” sambil meleparkan senyuman hambar kepada Andika.

”Sampai bila kau nak biarje, aku rasako sebenarnya cuba lari dari masalah tue sendiri, ko tak nak langsung berhadapan dengan benda tue, kau sebenarnya pentingkan diri sendiri,” tegur Andika sementara rokok Winston di jarinya memuntahkan asap pekat berkepul.

”Hari tue kawan lelaki aku kat Klang cerita masalah dia jugak dekat aku, tapi aku rasa yang nie lagi teruk dariko,” tambah Andika, terus menceritakan masalah rakannya.

Tanpa disedari kolam air mata mula terbentuk di mata kecil Cahaya, ternyata benteng tidak dapat lagi menahan, titik-titik air mata berderai di pipinya. Pantas jari Cahaya menempias titisan sebelum jatuh ke dagu.

”Pentingkan diri...” ngelus suara hatinya. Menahan tangisan, suara Cahaya bergetar menjawab, ”ntahla, akupun tak tau. Memang aku cuba mengelak dan tak nak fikir.” Benci sekali Cahaya menangis di hadapan orang.

Andika mengasak, ”Sampai bilako nak mengelak, ko dah balik belom?” sinis sekali pertanyaan melalui hujung matanya.

Mulai diseret perasaan bersalah, Cahaya menjawab, ”dah sebulan lebih tak balik, selalu setiap minggu atau dua minggu sekali aku balik, tak tahu macam mana nak berhadapan dengan perkara tue kalau balik, ntahla.”

”Heh, entahla, jangan raya nantiko tak balik dah a, jangan sampai sesuatu benda terjadi ko menyesal lepas tue dh tak boleh nak buat apa,” ringkas namun menusuk sekali katanya.

”Raya aku balikla takkan tak balik pulak (walaupun sebelum ini Cahaya pernah terlintas enggan pulang beraya),” suara Cahaya.

Kisah yang enggan Cahaya bicarakan itu, tidak terhenti di situ, Andika mengimbas kembali detik 27 Julai, bagaimana rakan serumah Cahaya dan teman rapatnya menjadikan Andika sebagai kaunter pertanyaan.

Mereka menanyakan ke manakah Cahaya menghilang secara tiba-tiba, telefon bimbitnya juga gagal dihubungi. Sekali lagi Cahaya dililiti perasaan bersalah.
Cahaya sendiri tidak menyangka perkara itu akan berlaku dan secara tidak sengaja membuatkan Andika terjerumus sama.

Bukan Cahaya tidak mahu bercerita kepada mereka, bukan juga kerna malu seperti dakwaan Andika, cuma bagi Cahaya tidak perlu. Kerna Cahaya tidak punya rasa untuk bercerita kisah yang tidak pernah diundang itu kepada mereka.

Insan pertama yang mengetahui kisah duka ini hanya Andika dan Kaseh, mungkin kerana ketika itu Cahaya banyak menghabiskan masa bersama mereka. Terima kasih Cahaya ucapkan kerana menyimpan baik kisah itu, walaupun mempunyai rasa rimas dan terbeban berhubung pertanyaan ’Apa masalah yang dihadapi oleh Cahaya.’

Cahaya menghilangkan diri pada waktu itu, bukannya membawa diri ke manapun, tapi menemui teman karibnya, Pelangi. Meluahkan rasa terpendam yang begitu menyakitkan. Cahaya sudah tidak boleh menanggung perasaan yang berperang dengan sedih dan sakit hati.

Melalui insiden itu, Cahaya juga mempelajari perkara baru apabila ’barang’ dirujuk kepada manusia. Terima kasih ’barang’ yang dimaksudkan oleh Andika.

”Satu saja Cahaya tahu, Cahaya punya kawan yang boleh dipercayai dan bisa berada di sisi Cahaya waktu senang dan susah. Bisa menasihati, malah Cahaya tahu, Cahaya tidak perlu ragu dengan mereka,” bisik Cahaya tersenyum keseorangan menamatkan penulisannya sambil menjeling jam analog komputer riba tepat menunjukan jam 1 pagi.

Cahaya menutup komputer ribanya, terus melelapkan mata mencari kekuatan dalam mimpi untuk berhadapan dengan masalahnya.

Jul 13, 2009

Walau Seketika Cukup Memberi Makna


Aku bersama teman yang lain menunggu agak lama, bermula jam 10 lebih, kira-kira jarum hampir menunjukkan 1.30 petang, barulah kami dapat menemui Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

Sebaik pintu dibuka dan terlihat wajah yang biasa menghiasi kaca televisyen dan dada akhbar sebelum ini, hatiku terus tergamam. Hatiku berkata, "Pak Lah!".Waktu berdiskusi sungguh sekejap, tidak perlulah dibicarakan di sini butir perbualan antara kami dan Pak Lah. Cukup hanya kami yang tahu.

Apa yang boleh dikatakan, Pak Lah seorang yang easy goin, sempoi dan yang penting loghat utara tue masih pekat na..Kenangan ini tidak akan dilupakan walau pertemuan dalam masa yang singkat...

Jul 6, 2009

Burger Rock n Roll

Tanggal 5 Julai 2009, aku menemankan Aie Chaq dan Fadhil mencari bahan-bahan permulaan perniagaan burger Rock n Roll. Kenapa burger itu dinamakan Rock n Roll tue kena tanya mereka...Melihat mereka menjalankan perniagaan buat kali pertama agak lawak. Mari lihat sebalik tabir aksi mereka ini...hahaha...

Perbincangan tempat strategik untuk meletakkan meja

yeah..dapat gak ice box setelah berpusing satu Tesco sebelum itu

Plan ape ntah

Aie mengetest anggur untuk diletakkan sebagai bahan perhiasan

Last touch up sebelum burger sampai ke mulut pelanggan

Burger Rock n Roll SIAP!

Jul 2, 2009

Orang Minyak Gay

Jarum menunjukkan jam 12.45 pagi. Tiba-tiba ringtone ‘three door down’ memecah kesunyian bilik aku. Skrin di telefon tertera nama, Sinar Kak Yue, terus aku menjawab panggilan...

Aku: Haluuuuuu...hah awat?
Kak Yue: Saje jer, tengah wat p.
Aku: Hmmm...kitaorang baru lepas mandi, tadikan main futsal, penat nieh...awatnya nieh, Kak Yue dah mandi lom...heheh
Kak Yue: Tadi Kak Nita call saya, dia cakap informer dia gtau Orang Minyak nak mengganas kat Seksyen 7 malam nie.
Aku: Hah!! Biar betul. Ish..betulke nieh. Manala Kak Nita dapat cite2 mcm nie. Kak Yue nie janganla wat kitaorg takut nieh.
Kak Yue: Sayapun takut nieh, dahla dok sorang kat tingkat bawah nie...Ntahla
Aku: Apa2 jela Kak yue nie...(Kemudian kami terus mematikan panggilan dengan hati yang tidak sedap atas rumors yang dibawa oleh Kak Nita...heh)

Tiba-tiba 10 minit kemudian satu mesej masuk...tet..tet..Arthur membalas mesejku sejam kemudiannya,..sebelum itu mengajaknya lepak selepas kitaorg habis main futsal..

Arthur: Ala, hp dalam beg..masi lepak? Tadi time nak hantar faizul tiba2 pulak dia bawa p makan kat area 13
Aku: Yeke..kitaorg dh siap mandi sudah. Apala, bg msg sorgpun tak respon. Arthur betulke orang minyak nak mengganas kt seksyen 7 malm nie
Arthur: Orang Minyak?Orang Utan kot..he2..Nie dongeng ke mitos?he2...
Aku: Ntah, Kak Yue cal kitaorg tadi cakap, kak nita gtau informer dia cal gtau org myk nak kacau Sek 7 malam nie..Heh, tws kitaorg takot
Arthur: Tapi apa kena-mengena denganko? Ko kan tinggal kat Padang Jawa Rangers..he2..
Aku: Ntah a. Kitaorg xsdp ati do. W/pun dok kat Pdg Jawa Rangers, berhampiran Sek 7. Nampaknya kitaorg memerlukan bantuan power rangers Arthur. BERTUKAR!
Arthur:Aku tak dapat bayangkan ko bertuka, mcmna jadinya..hik3
Aku: Ceh, bukan aku bertuka, ko bertuka..huhu..ko jaga2 a wey, ko dok Sek 7, Mana tau Orang Minyak tue gay, habis a ko, Aie n Wandy...Muahaha..
Arthur:Kami tiga orang, dia sorang. Dia la yang habis..he2..mitos zaman moden ja tu..abaikan..he2..
Aku: Baiklah cikgu Arthur! Kitaorg mula-mula jer seram. Huhuhu..K wey nite. Janganko tido peluk Wandy sudah..hahaha..
Arthur:Ish, mana ada cikgu lagi..he2..Orait, jgn risaula. Anggap ja org minyak tu gay, memang tak masuk punya rumah kamu..he2..

Jul 1, 2009

Perbualan Yang Membuatkan Aku Panas!

Kawan Aku: Mungkin ada orang yang menyampah dengan perbuatan aku, tapi aku tak rasa sampai ada orang nak mengata
Aku: Hek...aku kenal sorang yang akan mengata even benda tue kecil
Kawan Aku: Siapa?
Aku: Tak perlula kau tau
Kawan Aku: Cakapla, takkan tue pun tak nak bagitau
Aku: Dia!
Kawan Aku: Aku tak rasa ’Dia’ akan ambil port pasal orang, bagi aku ’Dia’ tak ambil kisahpun pasal orang lain
Aku: Aku tak boleh cakapla pasal ’Dia’ aku dh lama kenal ’Dia’. Aku tahu ’Dia’ macam mana. Tak bolehla cakap, aku jadi sakit ati.
Kawan Aku: ’Dia’ cakap pasalko jer, ada ke ’Dia’ cakap pasal orang lain
Aku: Hello! Pasal orang lainpun benda kecikpun dia cakap tau
Kawan Aku: Yeke?
Aku: Macam-macamla wey, aku tak nak burukkan orang
(Ketidakpuasan hati berlaku, aku menjadi sakit hati)
Kawan Aku: Ok, kita stop cakap pasal ’Dia’.
Aku: Ok (Tapi dalam hati aku tidak puas hati)

Buat Kawan Aku- Mungkin kau sendiri tidak melalui apa yang aku rasa, apa yang boleh aku cakapkan, ’Kau betul-betulke mengenali ’Dia’!’, terus-terang kau tidak mengenali ’Dia’ sebenar-benarnya. Seperti kata pepatah ’Don’t jugde a book by it’s cover.’ Sekadar fizikal atau dasarnya tidak memberi apa-apa makna, setelah mengenali isinya, barulah kau tahu sama ada isinya hitam atau putih. Yang pasti aku sendiri bukanlah malaikat untuk mengadili orang. Aku bukanlah baik dan sebagai manusia aku juga ada membuat dosa.

Jun 29, 2009

Malam Indah Dalam Duka

Aku menyusuri lebuh raya persekutuan dengan otak yang kosong sekosong laluan motosikal di sebelah kiriku…Perjalanan aku masih jauh, aku tidak tahu ke mana harusku arahkan stereng keretaku…

Tanganku pantas mengalihkan stesen radio dari hotz fm ke hitz fm. Meluat rasanya mendengar lagu yang diputarkan, sedih dan kisah percintaan yang tidak kesampaian.
Ikutkan hati enggan aku melayan perasaan sakit hati dan sedih ini.

Namun, emosi sudah menguasai hatiku sedikit demi sedikit. Aku pandu keretaku perlahan-lahan menuju ke Kuala Lumpur. Aku tidak dapat fikir ke mana harusku tuju. Otak aku mula berputar-putar dengan perasaan negatif.

Mulut aku terkumat-kamit,“aku benci!...aku tak suka, menyampahnya!,”lontaran suara tidak puas hatiku.

Aku lihat papan tanda di sebelah kiriku ’Lebuhraya Mahameru’. Terus aku membelok ke kiri. Jam menunjukkan hampir 10 malam. Otak aku berfikir ke mana harus kutuju. Bulan malam itu, seolah-olah menyembunyikan wajahnya. Seakan enggan melihat wajahku yang suram.

Kenderaan masih memenuhi jalan. Mungkin penghuni kota dalam perjalanan pulang ke rumah dan destinasi masing-masing. Yang pasti, aku keseorangan yang tidak tahu ke mana hala tuju.

Puas meredah setiap sudut kota metropolitan yang masih sibuk dengan manusia-manusia. Tepat jam 11.30 malam aku terus membawa diri pulang semula ke Shah Alam.

Hatiku masih dipenuhi perasaan marah, kecewa dan sakit hati. Memikirkan keikhlasan kawan dalam menjalinkan persahabatan bersamaku. Langsung tidak reda kemarahan dan sakit hati ini. Sebaik melepasi Tol Batu Tiga, aku teringat sesuatu, pantas aku mencapai telefon bimbit di sebelah.

Terus aku mencari satu nama dan menghantar mesej, ’Chaq kat kedaika? Nak p kat ang..,’ ringkas saja pesanan yang aku hantar.

Satu mesej masuk, ”Dah nak tutup pn. Pesal lambat.”
Aku menjawab, ”Hmm...Xpala. Dari KL, round2 bawa diri,” responku dalam nada sedikit kesal.
Chaq membalas,”Ermm,” aku sudah faham lalu membalas,”Takpala, lain kalila. Aku p sambung jalan2.heh..,” aku matikan kataku di situ.

Aku terus membawa diri ke Dataran Shah Alam, menenangkan fikiran sejenak. Tiba-tiba pipiku terasa hangat. Titisan air mata perlahan-lahan jatuh di pipi. Terus aku mengesat air mata itu sebelum jatuh ke dagu.

Aku terus memikirkan tentang keikhlasan, kejujuran dan maksud persahabatan itu sendiri. Mungkin aku yang terbawa-bawa akan perasaan ini seperti dipergunakan. Tapi biarlah...seperti biasa aku sendiri akan memendam perasaan dan terus memendam....

Jun 28, 2009

Cerita Cinta Rossa

Menyelusuri 'Cerita Cinta Rossa' yang bermula kira-kira jam 9 malam, membuatkan penonton dibuai perasaan sedih, gembira, terluka dan ditinggalkan kerana cinta menerusi lagu-lagu yang didendangkan.

Penonton dibuai lagu-lagu hitz Rossa antaranya, Ayat-ayat cinta, Atas nama cinta, Aku bukan untukmu, Terlalu cinta selain lagu rancaknya Pudar dan Hey Ladies.

Kira-kira 4,000 penonton dan peminat Rossa tidak berganjak menonton persembahan wanita genit itu selama sejam setengah. Yang pasti secara peribadi, aku tersentuh dengan lagu barunya, 'Hati Yang Kau Sakiti.'

Pada malam itu, Rossa mendendangkan sebanyak 16 lagu.

Tumpukan matamu di skrin belakang!

Rossa mendendangkan lagu Seribu Malam

Rossa & Pasha- Terlanjur Cinta

Jun 26, 2009

Kalau aku punya kuasa

Aku benci, aku sedih, aku sakit hati, aku sangsi
Segala-galanya perasaan negatif
Aku tak suka, aku jadi menyampah
Aku tak suka,aku fikirkan keikhlasan dalam persahabatan

Aku rasa aku dipergunakan...cari aku bila perlu
Aku rasa tiada keikhlasan dalam hubungan kawan
Hanya nak guna aku bila diperlukan
Kenapa aku saja yang mengalah

Bila sedih, aku sendiri...
Aku jadi menyampah, aku jadi sakit hati
Semuanya PLASTIK.....

Kalau aku punya kuasa
Boleh baca perasaan dan fikiran orang
Kan mudah!

Jun 24, 2009

Brek!!!

Hari ini demi memenuhi spesifikasi maklumat untuk story yang masih di dalam proses, aku menjadikan kereta aku sebagai bahan kajian. Jadi akupun melalui lorong sukarela buat mereka yang ingin memeriksa kenderaan sama ada memenuhi piawaian Puspakom atau tidak.

Namun, berlaku insiden benar-benar memalukan dan menunjukkan sebenarnya perempuan nie hanya tahu bawa kereta saja. Akupun tergolong dalam kumpulan itu…
Ketika pemeriksaan suspension dilakukan, aku dibenarkan melihat sendiri bawah kereta, dari situlah terserlah kebodohan aku tentang kereta...heh

Rais: Dari sini kita boleh lihat brek berfungsi atau tidak dan tiada welding berlaku. Bahagian depan kita guna break disc dan belakang break drum
Aku: Wokey….kete saya ada brek belakang ek, ingatkan takde. Break belakang kat mana ek?
Rais: Yang awak tekan kat depan tue untuk brek belakang sekalila….
Aku: heh…opsss….sory soalan bodoh!...gelak besar sebab terasa kebodohan sendiri…huahuahua…

Wawa...terasa bodoh, tapi at least tak bodoh sombong, tak tahu tanya…betul tak…

aku dan rais di bawah kereta gue (maaf gambar backlite)

Jun 19, 2009

Logikkah?

Dalam perjalanan menuju ke Banting bersama Fairus (assignment scoop katanya), tercetus satu perbualan ilmiah yang entah di mana logikanya….hwahwa…

Aku: Aku tengok makanan kat kedai Cina nie mcm best jer kan? Tengok diaorang masak cincai jer, tapi nampak sedap..
Fairus: Bilako cakap pasal makanan nie, aku teringat zaman dulu, kenapa orang Melayu kita senang dijajah. Bayangkan makanan kita semua lemak-lemak
Zaman Portugis serang Melaka, diaorag serang time pagi
Aku: Habis tue?
Fairus: Orang Melayu pagi-pagi dah makan nasi lemak, lepas tue ngantuk, mestilah kalah, lepas tue diaorang serang time tengah ari, time tu kan waktu makan kita, tentula makanan berlemak, tentu-tentu ngantuk. Tue sebab kita kalah gak
Aku: Aáh ek...heh (dalam ketawa sinis memikirkan logikkah, ada kebenarannya gak yang pasti fakta jer takde...ekeke)

Jun 5, 2009

'Revelling in Aestheticism'

China merupakan sebuah negara bertamadun yang paling tua selain memiliki dewangga yang kaya dengan perubahan sejarah budaya lebih dari 2,000 tahun. Melalui itu, satu pameran lukisan diadakan yang mempamerkan 15 hasil karya jari-jemari artis cat minyak China bertemakan 'Revelling in Aestheticism'.

Selamat menatap beberapa bingkisan dari artis China:-


spread the love-bathing

Tibet and I

Gara-gara tape recoder

Ceritera ini bukanlah mengenai penyeluk saku, samun atau samseng jalanan. Tetapi satu insiden yang agak memalukan dan membuatkan aku diselubungi perasaan bersalah sepanjang 21 Mei lalu.

Teraju utama drama singkat ini tentunya diriku dan dibantu beberapa pelakon tambahan yang secara tidak sengaja telah disusahkan oleh aku dalam sedutan ‘Gara-gara tape recoder’ ini. Semuanya bermula dengan satu ayat, ‘Sim, aku rasa aku tertinggal barang dalam kereta,’ sergah aku ketika itu bas sudah menuju ke KLIA.

Disebabkan insiden berkenaan jugalah aku menjadi bahan selama empat hari di Terengganu. Heh…mengimbas kembali perjalanan sebelum aku menaiki bas……

Tepat jam 6.00 pagi dengan mata yang sepet aku memandu menuju ke Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar. Malam sebelumnya hatiku sudah tidak karuan dan gelisah. Tidak aku endahkan perasaan itu kalau ikutkan sangat tidak tidurla aku, sedangkan aku kena bangun seawal 5.30 pagi.

Sambil menyanyikan lagu Run oleh Leona Lewis diputarkan Hitz FM, aku terus dibuai mimpi-mimpi indah walaupun ketika itu sudah berada di Lebuh Raya Persekutuan.

‘Kenapalah subuh-subuh pagi begini aku kena ada kat sini, huh,” hatiku berbisik.

Setibanya di parking TNB, Bangsar aku terus menyumbat barang-barang ke dalam beg sandang. Selepas memastikan aku tidak meninggalkan barang-barang penting di dalam kereta aku memulakan langkah malasku menuju ke lobi.

Tetapi hajatku terhenti apabila menemui Hasim Utusan. Rakan sekerja ketika aku ditempatkan di meja jenayah dahulu. Aku terus bertegur sapa dengannya di bawah pondok yang dililiti daun-daun pokok.

Tiba-tiba terngiang-ngiang suara editor aku di telinga,

“hazah, jangan lupa bawa tape recoder, sebab banyak story yang awak nak buat nie,” terus aku tersentak lalu aku keluarkan bateri energizer yang baru dibeli sesubuh pagi tadi untuk dimasukkan ke dalam tape recoder.

Selesai tugas wajib berkenaan, aku terus duduk mendengar perbualan Hasim dan Akma. Jasad aku sudah melayang entah ke mana, fikiran aku terbang merentasi langit ke tujuh.

Aku dikejutkan dengan satu suara yang entah dari mana, “dah bley naik bas, ” tersentak, lalu aku menuju ke bas dan memilih tempat duduk di belakang sekali.

Otak yang kepenatan, badan yang lesu, aku teringatkan kak nyah ku, lalu aku menggeledah poket depan beg aku untuk mencari telefon bimbit 012 bagi mengabarkan kepadanya aku sudah bertolak.

Lantas, ibarat dipanah petir, aku terus menggeledah setiap bucu beg aku, namun tidakku jumpa objek empat segi berwarna coklat. Gemuruh mula menguasai diri, bas terpaksa berpatah semula.

Setibanya di TNB, Bangsar, sepantas kilat aku terus menuruni bas mencari dompet dalam kereta. Azril mengiringi memberitahu aku akan menaiki van bersama kakitangan TNB yang lain.

Dalam kereta tiada, tempat aku duduk tadi tiada jugak, aku menjadi buntu....dalam hati berkata, ‘mana aku letak nieh,’ ngomel hatiku.

Kak Hanim dan En. Mohamad menenangkan hatiku dan mengingat semula di mana aku duduk sebelum itu,....

Aku menunjukkan pondok tempat aku melabuhkan punggungku, lalu kami menuju dan terlihat satu objek yang ku cari....alhamdulilah akhirnya jumpa jua dompet aku...rupa-rupanya aku tidak memasukkan dompet aku ketika mengeluarkan tape recoder tadi.

Disebabkan dompet itu, aku menjadi punca kepada kelewatan rombongan cik kiah check in flight dan menyebabkan Kak Hanim berpeluh-peluh. Ditambah pula dengan bas yang sedia lambat pergerakan itu membuatkan ianya lewat tiba di KLIA.

Semuanya menjadi kucar-kacir disebabkan aku dan nasib Kak Hanim dapat menguruskan segalanya. Disebabkan insiden itu aku menjadi blur sepanjang hari tersebut....heh....Terima kasih kepada Azril kerana tolong menjagakan beg gue...

Yang penting media TNB is the best, maaf menyusahkan kalian dan membuatkan semuanya menjadi tidak tentu arah....hikhik...

p/s- kak anim utang nyanyi tue nanti orang bayar ek, kita karaoke sama-sama...wahahah(”,)

Kak Hanim & Azril (pic ini gue curi dari FB Azril, sowy)

Jun 2, 2009

Mereka...

jujurkah mereka, ikhlaskah mereka? Adakah 'makhluk' ini sekadar teman di kala susah, adakah 'makhluk' ini hanya dikatakan teman pabila hendak digunakan dan diperlukan?

terguris rasanya jika 'makhluk'ini dicari pabila diperlukan. terguris rasanya hanya 'makhluk' ini menganggap mereka teman, tapi mereka tidak.

Jika mereka sudah diangkat sebagai teman, tiada tolok bandingnya lagi kepercayaan diberikan pada mereka, tiada tolok bandingnya sayang pada mereka sebagai teman.

sekali lagi kekeliruan meracuni pemikiran tentang keikhlasan dan kejujuran!

May 30, 2009

Belacan, Geragok and Other Prawns

Kelakar, menyeronokan dan jenaka berbau sinikal, hanya tiga perkataan ini dapat diucapkan selepas menonton watak diterajui oleh Ashraf Zain dan Mark Beau de Silva.

Teater hasil tulisan Mark ini mengisahkan watak Emmanuel de Cruz (Mark) dan Adam Malik (Ashraf) yang bergelut dengan ranjau dalam kehidupan dan percintaan.

Teater yang hanya melibatkan dua pelakon ini menceritakan status bumiputera kaum Serani yang dilalui sendiri oleh Mark.

Dipendekan cerita, jalan cerita bermula apabila Emmanuel telah kehilangan kerjanya ketika ekonomi meleset. Bagi memberikan semula semangat kepada temannya, Adam memberi bimbingan dalam beberapa sesi temuduga olok-olok.

Menerusi babak berkenaan, telah menghadirkan lawak jenaka yang menyentuh isu semasa seperti hubungan sesama jenis, taraf bumiputera dan realiti kehidupan masyarakat kini, semuanya dibangkitkan dalam babak penceritaan.

Babak mengenai penceritaan hubungan mereka dan kisah silam berkenaan akhirnya menentukan masa hadapan mereka.


antara babak-babak dalam teater yang penuh dengan sinikal....heh...

May 28, 2009

Iman Tak Banyak Cakap


gambar ini dirakamkan bulan lalu ketika melepak di kedai Wira Sejati. tiba-tiba aie datang sambil mendukung seorang baby yang cute ke meja kami. Baby iman tak banyak cakap, nak suruh gelakpun susah. inikan pula kalau nak pegang, tapi syarat dia senang jer, kalau nak dukung dia kene berdiri, kalau duduk jangan harapla, pasti tak lama selepas itu akan disusuli dengan rengekan...matanya bulat, pipinya tembam dan badannya hantap, memang aku gewam dengan baby boy nie...heh(",)

Semput.....


Langkah pertamaku begitu longlai sebaik menatap tangga setinggi Batu Caves itu. Hatiku mula berbisik, terdayakah badan dan kaki ini mendaki anak-anak tangga menuju puncak Pulau Perhentian Kecil itu.

Maklumlah sudah lama tidak bersenam dan lemak-lemak tepu sudah sebati dalam badan membuatkan diri ini kecundang dari awal. Namun, ku kuatkan semangat. Sia-sia saja sekiranya aku tidak dapat sampai ke puncak melihat sendiri kincir angin yang menggunakan sistem solar hibrid.

Sambil ditemani bayu angin Laut China Selatan perlahan-lahan aku menaiki anak tangga menuju ke pondok hentian pertama. Nafas mula tercungap-cungap, dada mula terasa sempit, peluh mula menitis membasahi baju bertulis ‘Keep Us Glowing’ yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).heh….

Terik mentari tika itu bukan saja menggelapkan kulit aku yang sedia gelap, malah membuatkan mataku menjadi gelap dan berpinau. Sekali lagi aku memujuk diri, ‘yakin boleh, anda boleh lakukan,’ seru hatiku.

Aku hampir tewas tika sampai di pondok kedua. Melihat masih banyak anak tangga yang harus didaki, aku mulai putus asa. Dalam hati tuhan saja tahu betapa aku tercungap-cungap menarik nafas. Ibarat baru lepas dikejar badak sumbu rasanya.

“argh…..tak boleh jadi nie, aku mesti sampai kat atas, mcm mana nak buat story kalau kincir angin dan panel solar tak dapat tengok,” hatiku memberi kata-kata semangat.

Sungguh aku rasa tercabar apabila Dr. Zamzam dari unit nuklear TNB yang berusia itu boleh mendahului aku. “Adus, malunya,” keluh hatiku. Aku gagahkan jua kaki-kakiku ini melangkah satu persatu tangga.

Kepanasan angin laut membuatkan aku seakan ingin pitam. Ku pujuk hati, ku berikan semangat kepada diri agar sampai ke puncak. Akhirnya dengan rasa puas hati yang amat aku sampai jua ke puncak setelah bersusah payah berperang dengan perasaan ’give up' dan nafas yang tercungap-cungap. Yahooo..........

Akan tetapi, sehari selepas pendakian, urat-urat di betis kakiku mulai sakit-sakit dan tegang. Pinggang mula berasa sakit. Ibarat seperti orang tua, hendak dudukpun aku terpaksa melabuhkan punggungku secara perlahan-lahan.

Begitu besar sekali impaknya kepada sistem badan aku. Mungkin urat-urat badan aku terkejut kerana tuannya sudah lama tidak bersenam...heheheh...tiga hari jugala aku terpaksa menahan sakit lenguh-lenguh itu...

akhirnya berjaya jua sampai ke puncak (",)

Kutemukan cinta di situ....

Tiba-tiba hatiku berdebar sejurus menatap matanya, terus terdetik dihati ’inikah yang dikatakan cinta pandang pertama.’ Apa yang aku tahu mengenai cinta? Sesungguhnya aku begitu naif tentang cinta...itu yang pasti.

Jantungku berdegup laju, bibirku terkunci rapat setiap kali terserempak dengannya. Aku begitu ingin menatapnya tetapi setiap kali bertemunya aku menjadi kaget.

Seperti adanya arus elektrik yang mengalir, aku menjadi kejang, aku menjadi buntu, aku menjadi pemalu, seperti jasad lain sudah menguasai diriku.

Oh tuhan, uniknya perasaan ini yang diciptakan olehMu. Tidak pernah ku merasa terawang-awangan sebegini, desiran ombak seolah mengalunkan lagu-lagu cinta ke telingaku.....

Ku amati lagu-lagu itu, seolah-olah bermunajat cinta kepadaku....aku terus dibuai mimpi bersama-sama dewa cinta, (”,), huhuhuhu

May 8, 2009

FutSaL & SurPrise BirthDay



tepat jam 11.15 malam, aku dikejutkan dengan nyanyian happy birthday dari rakan-rakan sekerja yang baru sahaja habis futsal. terima kasih kepada tok dalang salwa, connie, susan, suzi dan aie...heh...

May 6, 2009

Aku Meningkat Dewasa


Selamat ulangtahun….

Tanggal 6 mei 1984 aku dilahirkan ke dunia jam 11.05 minit pagi (kalau tidak silap) di Hospital Besar Ipoh. Usiaku semakin meningkat, alhamdulilah Allah SWT masih memberiku peluang untuk bernafas dan melihat dunia ini.

Aku tidak mahu meminta banyak, cukup aku bahagia di dunia dan akhirat, cukup sekiranya aku dapat membahagiakan kedua ibu bapaku, cukup aku dapat membahagiakan abang dan kak nyahku dan cukup sekiranya teman-teman senang tika bersama aku. Itu saja tidak lebih dari itu.

Ketika ini aku memanjatkan kesyukuran kerana masih punya teman yang bisa aku percaya dan berkongsi kisah duka dan gembira. Moga mereka akan terus menjadi temanku dan terus mendokongku di kala susah dan senang.

Buat Mak dan Ayah terima kasih kerana membesarkan diriku dan mendidik anakmu ini. Segala yang buruk datangnya dari diri ini, sesungguhnya tanpa mereka aku tak bisa melihat bulan dan matahari. Sayangnya aku kepada mereka tidak dapat digambarkan. Buat Abang dan Kak Nyah kasih sayang yang tidak terhingga buat mereka yang sentiasa membentuk adikmu yang agak keras kepala ini.

Buat teman-temanku, sesungguhnya aku begitu sayang sama kamu semua dan terima kasih kerana menjadi teman yang aku boleh percayai. Jangan sesekali musnahkan kepercayaan ini....

Buat kak wan, dirimu sudahku anggap seperti kakak. Terima kasih kerana bisa mendengar keluhan hati ini dan memberi nasihat. Sedikitpun aku tidak pernah ragu kepadamu. Dirimu benar-benar memahami sifat dan caraku. Bagiku hanya engkau memahami diriku ini di pejabat.

Azraie (abg chaq) & Cuzi temanku. Walaupun persahabatan terjalin tahun ini, mereka teman aku melepak dan meluahkan masalah tika keliru dan berserabut. Aie sudahku anggap seperti abang yang menjadi rujukan dan untuk mendapatkan nasihat. Walaupun gila-gila dan kelucahan sedikit tapi nasihat yang diberikan boleh pakai. Hekhe..Cuzi teman senasibku, kami akan berkongsi apa jua masalah tentang nasib yang tidak menyebelahi kami nie...hehe...

Buat housemate aku, Connie, Salwa dan Susan, kamulah teman serumah terbaik buatku. Dan bagi menjawab soalan mulut jahat mengenai bahagiakah kami , sesungguhnya aku bahagia punya teman rumah seperti kamu yang tidak pernah berpura-pura. Sentiasa berbincang, bertoleransi dan penting sentiasa ketawa di kala melepak sambil menonton televisyen

Buat sahabat baikku Intan Ismawati walaupun kita semakin jauh namun persahabatan kita tidak pernah terputus. Walaupun sudah jarang bertemu namun jalinan kasih sayang itu masih utuh terbina. Setiap suka duka dikongsi bersama. Segala masalah kita dikongsi dan kita akan mencuri masa berjumpa walau sesibuk manapun.Bagiku dirimu teman terbaik buatku. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.

Tidak lupa buat teman sejatiku ZOTAS, walaupun masing-masing sudah membawa halatuju tetapi kenangan bersama tidak dilupakan. Buat teman-teman rapatku sejak dibangku sekolah, fazuli, usop, ayoi, ere, kamal, farid, botak (maaf jika ada nama yang lupa disebut) kamu adalah teman-temanku yang membesar bersama-sama dan terbaik. Akhir sekali Mets yang selalu bawa makanan buatku, ur the best....(",).

Apr 25, 2009

Satu Ketika Dulu



aku begitu suka dengan suasana dan latar belakang foto nie. tiap kali aku menatap foto ini, aku akan tersenyum.hikhikhik, dirakam tahun 2008.

Apr 22, 2009

Dengarkan Jiwaku

Kutuliskan semua kesedihan
Tatkala aku dilanda kegelisahan
Kucari teman-teman yang bisa mendengar
Tatkala aku memerlukan pandangan

Semuanya mungkin tak bisa aku ungkapkan
Tapi aku memerlukan keyakinan untuk semua itu
Dan saat itu dengarkan dari jiwaku sendiri
Semuanya lahir tulus dari suara hatiku

Bilaku jatuh cinta
Aku mendengar nyanyian
Bidadari menelusup dalam hatiku

Bilaku jatuh cinta
Aku melihat dewa asmara datang kepadaku
Memelukku dengan sayang

Bilaku jatuh cinta
Sinar rembulan menerangiku
Menemani setiap malam indahku

Bilaku jatuh cinta
Aku kurang berkata-kata
Hatiku menzahirkan semuanya

Bilaku jatuh cinta
Mataku bersinar ibarat kilauan air laut
Melewati saat mimpi-mimpi indah

Dia

Dia
Bila ku lihat dia
Lepas segala kerinduan

Dia
Ku lihat lesung pipitnya
Lepas segala keresahan

Dia
Ku pandang senyuman manisnya
Seolah diriku terbang melayang

Dia
Ku tenung matanya
Hatiku berdegup laju

Dia
Walau satu kata darinya
Jiwaku menari gembira

Dia
Lara hatiku
Menunggu dirinya

Dia
Terbanglah kepadaku
Manusia sempurna untukku.....

Apr 10, 2009

Wajah-wajah Kami Selepas ESQ 165

Pengisian dalam ESQ 165 itu sendiri membuka mata dan minda hadirin mengenai kebesaran Allah S.W.T yang sememangnya tertulis dalam al-Quran dan melalui teori-teori yang dikemukan oleh para saintis hakikatnya tercatat dalam al- Quran.

lantas, membuatkan umat Islam terfikir selama ini kita tidak pernah langsung memahami isi al-Quran yang dibaca, sememangnya telah tertulis kebenaran dan bagaimana terciptanya bumi dan alam semesta.

begitu naifnya aku rasa selama ini. moga diri ini sentiasa mendapat petunjuk dan aku begitu mendambakan cintamu Ya Allah...

selepas tamat ESQ 165, kami berdiskusi bersama teman yang lain tentang pengisian dan input yang diperolehi

bersama skuad sinar dari Pahang.

suzie, aku dan mets

fokuskan mata anda di belakang, kasian...hadiah,hadiah...

Apr 8, 2009

Ampunkan Aku Ya Tuhanku

Semuanya akan hilang
Semuanya akan pergi meninggalkan diriku

Waktu terhenti tidak aku sedari
Bagaimana hendak aku ulang ke masa lalu

Segala yang ada akan kembali padaNya
Bila waktunya telah dipanggil
Hanya amal dan sepi menemani aku

Di saat itu aku mula memikirkan kembali
Setiap langkah, perbuatanku di atas muka bumi
Tiada gunanya lagi buatku untuk menyesali

Waktu itu mulutku dikunci
Tiba masanya tangan, kakiku bersuara
Aku sudah tidak mampu berbuat apa-apa

......................................................................................

Tuhanku
Aku sesungguhnya jahil
Maafkanlah aku

Aku sering lupa akan dirimu
Aku sering ingkari laranganmu walau sedar ataupun tidak
Ampunkanlah segala dosaku

Tuhanku
Betapaku alpa
Kau pimpinlah diri ini
Sesungguhnya aku mendambakan cintamu

Aku takut kepadaMu
Aku berjanji kepadaMu tetapi kemudian aku ingkari
Ampunkanlah aku Ya Allah

Tuhanku
Aku lemah
Kau tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus

Sesungguhnya aku tidak layak menghuni syurgaMu
Tapi aku tak sanggup ke NerakaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti Rasul dan Sahabat

Bersama teman-teman seangkatan menghadiri ESQ 165 Angkatan 29

p/s- ingatkan aku wahai teman sekiranya aku alfa...

Mar 31, 2009

Mar 30, 2009

Bisikku Pada Bulan

Bulan
Aku mohon padamu
Sekiranya kau tahu dimana dia berada
Bisikkan padanya
Aku setia menanti di sini

Bulan
Kumerayu padamu
Seandainya kau melihat dia kini
Sampaikan padanya hatiku menangis

Bulan
Katakan padanya
Tanpa dia disisiku
Malap menyelubungi jiwaku

Bulan
Jika dia tidak mendengar
Jangan biar siang
Biar alam ini gelap gulita
Biar ia sepi sepertiku

Mar 27, 2009

Penjelajahan Dunia Dalam Satu Kilometer


Jika disebut nama Syed Mohd Syed Hashim mungkin ramai tertanya-tanya siapakah gerangan empunya diri tersebut. Tetapi sekiranya nama S. Amin Shahab disebut secara spontan akan terlintas di minda anda lagu seperti Kekasih Awal dan Akhir, Teratai Layu di Tasik Madu dan Suci Dalam Debu.

Nama S. Amin Shahab sudah serasi dengan gelaran sebagai komposer, pengarah filem dan pelukis. Anak kelahiran Batu Pahat ini mendapat bakat melukis dari bapanya.

Kini, beliau dalam usaha menjayakan pameran solonya bertajuk ‘Penjelajahan Dunia Dalam Satu Kilometer’. Dengan hanya menggunakan pen berdakwat hitam, ternyata pengembaraan beliau ke seluruh dunia telah menampakkan hasil dalam menyiapkan satu kilometer lakaran kanvas.

Bertemakan ‘one man.one mission.one stretch of kanvas.one kilometer’ perjalanan lukisan di atas kain kanvas itu menceritakan catatan tentang pengembaraan menjengah kesan-kesan ketamadunan manusia.

Selain melakar ketamadunan mengenai manusia, S. Amin turut melakar potret rakyat tempatan, tokoh-tokoh politik, sultan yang melambangkan jati diri negara. Bagi S. Amin lakaran potret ‘Seribu Wajah’berkenaan bukan sekadar lakaran wajah sahaja tetapi ianya memberi makna bahawa wajah manusia di dunia ini sama dan satu darah.

Setakat ini, beliau telah menggunakan kira-kira 2000 batang Artline hitam untuk melukis di atas kain kanvasnya. S. Amin berharap beliau dapat menyiapkan lakaran satu kilometernya itu dalam tahun ini yang telah dimulakan lima tahun lalu.

Peminat seni lukisan bolehlah datang ke Galeri 2, Shah Alam mengunjungi pameran S. Amin sehingga 30 Mac ini. Selain itu, S. Amin turut akan melukis potret secara percuma bagi menjayakan program beliau.


p/s- thanks ya aie akaike, tolong mengabadikan gambar S.Amin menggunakan kameramu...(",)

Mar 26, 2009

Sayangku Amar


Aku masih ingat lagi ketika mula-mula menjejakan kaki ke Sinar Salam, tahun lalu. Aku disambut mesra oleh Kak Afidah bersama pekerjanya. Namun, hatiku terpaut apabila melihat seorang bayi lelaki yang sedang terbaring lena di atas pangkuan seorang pekerja Kak Afidah .

Matanya yang bulat membuatkan setiap mata yang memandang akan cair. Kucuba mendekati Amar, tetapi satu kenyataan membuatkan jantungku luluh pabila mengetahui bayi yang ku renung itu menghidapi HIV. Layakkah bayi yang dilahirkan sesuci kain putih ini dijangkiti HIV.

Bayi yang tidak berdosa itu bernama Amar. Ibunya seorang penagih dan pelacur di lorong Chow Kit. Tidak perlu dipanjangkan cerita mengenai kisah hitam ibunya. Petang semalam, aku berkesempatan mengunjungi rumah Sinar Salam.

Perkataan pertama yang keluar dari mulutku, ”di manakah Amar?”

”Amar Kak Yati bawa pergi HKL, dapatkan rawatan dan check kesihatan,”pantas Kak Fidah menjawab.

Hampir setengah jam berada di Sinar Salam, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara Kak Yati. Kemudianku melihat sepasang mata bulat yang masih segar dalam kotak ingatanku.

Tidak salah lagi bayi yang ku lihat itu adalah Amar. Sungguh comel dan bertambah sihat. Langsungku lupa bayi yang sihat itu memiliki HIV.

Mar 16, 2009

Rukmini Yusuf Affandi

Lahir daripada keluarga seni merupakan satu kelebihan buat ibu rukmini mewarisi bakat melukis daripada bapanya. siapa sangka putri kepada pelukis besar Affandi dari isteri keduanya Rubiyem. Sejak kecil lagi beliau begitu senang melukis dan mendapat bimbingan daripada bapanya serta melukis bersama Affandi.

Sebelum bapak Affandi meninggal dunia, dia sendiri telah menyarankan supaya anaknya belajar melukis daripada pelukis senior di bandung iaitu Barli Sasmitawinata,buat beberapa tahun.

Kesempatan melihat Ibu Rukmini mengadakan demo melukisnya di pameran "Exotic Indonesia in Colours", tidak dilepaskan. Dengan hanya menggunakan goresan jari-jemari ke atas kain kanvas, tidak sampai 30 minit sebuah lukisan KLCC dapat disiapkan.






aku dan ibu Rukmini

Mar 14, 2009

Bingkisan 'Exotic Indonesia In Colours'


Kartini Sabekti- Praying

Rukmini Yusuf Affandi- Harvest Rice in Ciami
(Bapa Yusuf Affandi merupakan pelukis yang tersohor di Indonesia dan ibu Rukmini mewarisi bakat daripada bapanya.)

J. Mariam- Kebudayaan & Keseniaan di Indonesia.

Sri Robustina Hj- Flower Wirid
(Cuba perhatikan tulisan yang terdapat dalam lukisan tersebut.)

p/s- Pameran Lukisan dari Ikatan Wanita Pelukis Indonesia diadakan di Soka Gakkai Malaysia bermula 13-17 Mac ini.