Mar 27, 2009

Penjelajahan Dunia Dalam Satu Kilometer


Jika disebut nama Syed Mohd Syed Hashim mungkin ramai tertanya-tanya siapakah gerangan empunya diri tersebut. Tetapi sekiranya nama S. Amin Shahab disebut secara spontan akan terlintas di minda anda lagu seperti Kekasih Awal dan Akhir, Teratai Layu di Tasik Madu dan Suci Dalam Debu.

Nama S. Amin Shahab sudah serasi dengan gelaran sebagai komposer, pengarah filem dan pelukis. Anak kelahiran Batu Pahat ini mendapat bakat melukis dari bapanya.

Kini, beliau dalam usaha menjayakan pameran solonya bertajuk ‘Penjelajahan Dunia Dalam Satu Kilometer’. Dengan hanya menggunakan pen berdakwat hitam, ternyata pengembaraan beliau ke seluruh dunia telah menampakkan hasil dalam menyiapkan satu kilometer lakaran kanvas.

Bertemakan ‘one man.one mission.one stretch of kanvas.one kilometer’ perjalanan lukisan di atas kain kanvas itu menceritakan catatan tentang pengembaraan menjengah kesan-kesan ketamadunan manusia.

Selain melakar ketamadunan mengenai manusia, S. Amin turut melakar potret rakyat tempatan, tokoh-tokoh politik, sultan yang melambangkan jati diri negara. Bagi S. Amin lakaran potret ‘Seribu Wajah’berkenaan bukan sekadar lakaran wajah sahaja tetapi ianya memberi makna bahawa wajah manusia di dunia ini sama dan satu darah.

Setakat ini, beliau telah menggunakan kira-kira 2000 batang Artline hitam untuk melukis di atas kain kanvasnya. S. Amin berharap beliau dapat menyiapkan lakaran satu kilometernya itu dalam tahun ini yang telah dimulakan lima tahun lalu.

Peminat seni lukisan bolehlah datang ke Galeri 2, Shah Alam mengunjungi pameran S. Amin sehingga 30 Mac ini. Selain itu, S. Amin turut akan melukis potret secara percuma bagi menjayakan program beliau.


p/s- thanks ya aie akaike, tolong mengabadikan gambar S.Amin menggunakan kameramu...(",)

2 comments:

  1. cantik gak gambar aku amik. termasuk banner ko tuh. hahah.

    ReplyDelete
  2. ye a,ye a, masuk bakul angkat sendiri...cantik ke? yang banner tue cantik sebab subjek dia cantik kot,tapi kecomelan diperakui...hikhikhik tue yang membuatkan hasil tangkapan kau bertambah cantik....wakakaka....

    ReplyDelete