Jun 5, 2009

Gara-gara tape recoder

Ceritera ini bukanlah mengenai penyeluk saku, samun atau samseng jalanan. Tetapi satu insiden yang agak memalukan dan membuatkan aku diselubungi perasaan bersalah sepanjang 21 Mei lalu.

Teraju utama drama singkat ini tentunya diriku dan dibantu beberapa pelakon tambahan yang secara tidak sengaja telah disusahkan oleh aku dalam sedutan ‘Gara-gara tape recoder’ ini. Semuanya bermula dengan satu ayat, ‘Sim, aku rasa aku tertinggal barang dalam kereta,’ sergah aku ketika itu bas sudah menuju ke KLIA.

Disebabkan insiden berkenaan jugalah aku menjadi bahan selama empat hari di Terengganu. Heh…mengimbas kembali perjalanan sebelum aku menaiki bas……

Tepat jam 6.00 pagi dengan mata yang sepet aku memandu menuju ke Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar. Malam sebelumnya hatiku sudah tidak karuan dan gelisah. Tidak aku endahkan perasaan itu kalau ikutkan sangat tidak tidurla aku, sedangkan aku kena bangun seawal 5.30 pagi.

Sambil menyanyikan lagu Run oleh Leona Lewis diputarkan Hitz FM, aku terus dibuai mimpi-mimpi indah walaupun ketika itu sudah berada di Lebuh Raya Persekutuan.

‘Kenapalah subuh-subuh pagi begini aku kena ada kat sini, huh,” hatiku berbisik.

Setibanya di parking TNB, Bangsar aku terus menyumbat barang-barang ke dalam beg sandang. Selepas memastikan aku tidak meninggalkan barang-barang penting di dalam kereta aku memulakan langkah malasku menuju ke lobi.

Tetapi hajatku terhenti apabila menemui Hasim Utusan. Rakan sekerja ketika aku ditempatkan di meja jenayah dahulu. Aku terus bertegur sapa dengannya di bawah pondok yang dililiti daun-daun pokok.

Tiba-tiba terngiang-ngiang suara editor aku di telinga,

“hazah, jangan lupa bawa tape recoder, sebab banyak story yang awak nak buat nie,” terus aku tersentak lalu aku keluarkan bateri energizer yang baru dibeli sesubuh pagi tadi untuk dimasukkan ke dalam tape recoder.

Selesai tugas wajib berkenaan, aku terus duduk mendengar perbualan Hasim dan Akma. Jasad aku sudah melayang entah ke mana, fikiran aku terbang merentasi langit ke tujuh.

Aku dikejutkan dengan satu suara yang entah dari mana, “dah bley naik bas, ” tersentak, lalu aku menuju ke bas dan memilih tempat duduk di belakang sekali.

Otak yang kepenatan, badan yang lesu, aku teringatkan kak nyah ku, lalu aku menggeledah poket depan beg aku untuk mencari telefon bimbit 012 bagi mengabarkan kepadanya aku sudah bertolak.

Lantas, ibarat dipanah petir, aku terus menggeledah setiap bucu beg aku, namun tidakku jumpa objek empat segi berwarna coklat. Gemuruh mula menguasai diri, bas terpaksa berpatah semula.

Setibanya di TNB, Bangsar, sepantas kilat aku terus menuruni bas mencari dompet dalam kereta. Azril mengiringi memberitahu aku akan menaiki van bersama kakitangan TNB yang lain.

Dalam kereta tiada, tempat aku duduk tadi tiada jugak, aku menjadi buntu....dalam hati berkata, ‘mana aku letak nieh,’ ngomel hatiku.

Kak Hanim dan En. Mohamad menenangkan hatiku dan mengingat semula di mana aku duduk sebelum itu,....

Aku menunjukkan pondok tempat aku melabuhkan punggungku, lalu kami menuju dan terlihat satu objek yang ku cari....alhamdulilah akhirnya jumpa jua dompet aku...rupa-rupanya aku tidak memasukkan dompet aku ketika mengeluarkan tape recoder tadi.

Disebabkan dompet itu, aku menjadi punca kepada kelewatan rombongan cik kiah check in flight dan menyebabkan Kak Hanim berpeluh-peluh. Ditambah pula dengan bas yang sedia lambat pergerakan itu membuatkan ianya lewat tiba di KLIA.

Semuanya menjadi kucar-kacir disebabkan aku dan nasib Kak Hanim dapat menguruskan segalanya. Disebabkan insiden itu aku menjadi blur sepanjang hari tersebut....heh....Terima kasih kepada Azril kerana tolong menjagakan beg gue...

Yang penting media TNB is the best, maaf menyusahkan kalian dan membuatkan semuanya menjadi tidak tentu arah....hikhik...

p/s- kak anim utang nyanyi tue nanti orang bayar ek, kita karaoke sama-sama...wahahah(”,)

Kak Hanim & Azril (pic ini gue curi dari FB Azril, sowy)

No comments:

Post a Comment