May 28, 2009

Semput.....


Langkah pertamaku begitu longlai sebaik menatap tangga setinggi Batu Caves itu. Hatiku mula berbisik, terdayakah badan dan kaki ini mendaki anak-anak tangga menuju puncak Pulau Perhentian Kecil itu.

Maklumlah sudah lama tidak bersenam dan lemak-lemak tepu sudah sebati dalam badan membuatkan diri ini kecundang dari awal. Namun, ku kuatkan semangat. Sia-sia saja sekiranya aku tidak dapat sampai ke puncak melihat sendiri kincir angin yang menggunakan sistem solar hibrid.

Sambil ditemani bayu angin Laut China Selatan perlahan-lahan aku menaiki anak tangga menuju ke pondok hentian pertama. Nafas mula tercungap-cungap, dada mula terasa sempit, peluh mula menitis membasahi baju bertulis ‘Keep Us Glowing’ yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).heh….

Terik mentari tika itu bukan saja menggelapkan kulit aku yang sedia gelap, malah membuatkan mataku menjadi gelap dan berpinau. Sekali lagi aku memujuk diri, ‘yakin boleh, anda boleh lakukan,’ seru hatiku.

Aku hampir tewas tika sampai di pondok kedua. Melihat masih banyak anak tangga yang harus didaki, aku mulai putus asa. Dalam hati tuhan saja tahu betapa aku tercungap-cungap menarik nafas. Ibarat baru lepas dikejar badak sumbu rasanya.

“argh…..tak boleh jadi nie, aku mesti sampai kat atas, mcm mana nak buat story kalau kincir angin dan panel solar tak dapat tengok,” hatiku memberi kata-kata semangat.

Sungguh aku rasa tercabar apabila Dr. Zamzam dari unit nuklear TNB yang berusia itu boleh mendahului aku. “Adus, malunya,” keluh hatiku. Aku gagahkan jua kaki-kakiku ini melangkah satu persatu tangga.

Kepanasan angin laut membuatkan aku seakan ingin pitam. Ku pujuk hati, ku berikan semangat kepada diri agar sampai ke puncak. Akhirnya dengan rasa puas hati yang amat aku sampai jua ke puncak setelah bersusah payah berperang dengan perasaan ’give up' dan nafas yang tercungap-cungap. Yahooo..........

Akan tetapi, sehari selepas pendakian, urat-urat di betis kakiku mulai sakit-sakit dan tegang. Pinggang mula berasa sakit. Ibarat seperti orang tua, hendak dudukpun aku terpaksa melabuhkan punggungku secara perlahan-lahan.

Begitu besar sekali impaknya kepada sistem badan aku. Mungkin urat-urat badan aku terkejut kerana tuannya sudah lama tidak bersenam...heheheh...tiga hari jugala aku terpaksa menahan sakit lenguh-lenguh itu...

akhirnya berjaya jua sampai ke puncak (",)

No comments:

Post a Comment