Feb 10, 2009

Naifnya Diri Ini….



Beberapa malam sejak kebelakangan ini, aku asyik memikirkan ‘si dia’. Isu ini tidak pernah menunjukkan petanda tamat dalam hidupku. Mungkin tiba-tiba aku merasakan diri ini begitu sepi dan kesepian ini semakin menekan jiwa.

Tiap kali aku melabuhkan jasadku sambil melihat belahan kipas berputar, terus saja mindaku terbang memikirkan wajahnya. Sejujurnya bayanganmu tidak pernah lekang dariku.

Aku bagai melupai janji sendiri agar lupuskan segala kenangan bersama. Walaupun setiap detik berlalu, aku tidak berdaya untuk melupakannya

Hidupku penuh dengan angan-angan, dalam setiap lamunan aku meyakinkan diri..

Dia dapat menghadirkan senyum kebahagiaan dalam hatiku, menanggalkan kesedihan yang selalu membayang ,menjadi cahaya kehidupan serta pelipur lara bagi jiwaku.

Hatiku berbisik, “sampai bila kau hendak merana hanya kerana seorang insan?”

“Kuatkanla hatimu, kerna aku tau ada seseorang sedang menantimu disana.” Aku cuba menyedapkan hati yang kian bergoncang ini.

Aku terus bangun dan melihat dinding putih di hadapanku sambil bermonolog sendiri.

”Bodohkah aku atau aku sendiri yang begitu naif dalam istilah cinta tidak berbalas ini?” soalku.

”Ish, bodoh sungguh aku menabur janji kepada diri sendiri dengan angan-angan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya,” kataku cuba mematahkan angan-angan mat jenin itu.

Tapi aku yakin dengan kata-kata hatiku, aku yakin hatiku tidak pernah berbohong. Sejak mula lagi aku tahu aku menemui seseorang yang kurasakan menepati citarasaku.

”Ah, sudahlah. Malas nak pikir. Pikir-pikir, hidup aku macam nie jugak, tiada yang berubah.” kataku dengan wajah yang berkerut seakan sama dengan kedutan nenek Tanku.

Dengan malas aku bangun mencapai telefon di penjuru bilik dan kembali semula ke tilamku yang empuk itu. Aku membelek-belek Nokia 3200 yangku beli ketika belajar dahulu sambil fikiranku berlegar-legar membuat keputusan untuk menghubungi si dia ataupun tidak.

Tapi, hatiku berbisik: ” kalau aku call si dia, topik ataupun alasan apa akanku mulakan sebagai pembuka bicara nanti.”

Aku terfikir, sudah berbulan lamanya aku memencilkan diri darinya. Tiada ribut, tiada petir muncul dengan tiba-tiba.

Sekali lagi aku mematikan niatku untuk menghubunginya.

Aku campakkan telefonku. Aku berperang dengan perasaanku sendiri sambil memandang siling yang kusam sekusam jiwaku ini.

Bibirku mengatakan jangan menghubunginya hatiku mengatakan sebaliknya.

Aku jadi tidak keruan ibarat cacing kepanasan. Nyata sekali kehampaan datang memintal diriku.

Sesungguhnya aku tidak pernah berusaha untuk mencari ’cinta’ kerna bagiku jika ’si dia’ sememangnya milikku akan dia datang kepadaku.

Aku begitu naif dalam cinta, bagiku cinta itu akan datang dengan sendiri, tetapi aku masih mengingati kata-kata temanku ketika aku meluahkan masalahku kepadanya,

”Bagi aku tiada istilah perigi mencari timba zaman sekarang nie.

”Kaloko memang suka dia layan dia seperti seorang istimewa tidak seperti rakan-rakan yang lain dan berusaha untuk dapatkan dia,” katanya persis seperti seorang kaunselor dengan gerak tangannya.

”Kau cuba luahkan apa yang kau rasa, selepas tue terpulang kepada dia macam mana, tapi janganlah terlampau drastik. Jika perlu menangis, menangis seikhlasnya, kau menangis kerana dia, akupun pernah menangis depan kawan aku, perempuan pulak tue. Tidak perlu berpura-pura,” jelas temanku itu yang juga merupakan partner sekerjaku yang sudah aku anggap seperti abangku. Mukanya kelihatan serius.

Dengan tangkas aku menjawab, ”itu yang aku tidak boleh.”

Aku sendiri tidak mempunyai kekuatan biarpun aku menuntut sehingga ke negara China atau lubang cacing sekalipun aku tidak dapat mengumpul kekuatan untuk sesi luahan.

”Aku takkan meluahkan!,” tempik suara hatiku sebaik teringat perbualan kami...

Aku tidak berdaya memberitahunya, meski untuk merangkak di bumi kenyataan.

Saat aku menatap wajahnya, seolah seribu kata yang ingin keluar dari bibirku, tapi apalah daya bibir tidak mampu bergerak untuk melukiskan perasaanku kepadanya.

Kebiasaanku kini hanya melamun dan merangkai syair yang menceritakan segala tentang ’si dia’....Hanya itu yang ku termampu.....

Tiba-tiba aku dikejutkan dari lamunan sebaik roomateku muncul di pintu bilik dengan keadaan yang serabai.

Dengan senyuman selebar bibir patung Ronald Mc’Donald temanku membelah kesunyian, ”Beranganla tue, melayan perasaan, sudah...sudahla.

”Ala, mana ada, biasalah dok bosan-bosan, termenung je la fikirkan masa depan,” sengihku bagi menyembunyikan perasaan yang berkocak dalam hatiku.

Bagi mengelak dari soalan yang berpusu-pusu dari roomate yang sememangnya suka bertanya jika dia melihat sesuatu yang tidak kena padaku, aku terus mengucapkan selamat malam.

Aku mengerengkan badanku lalu memejamkan mata melayan hatiku yang hancur dan terbelengu tidak bertepi...heh........

End.......

No comments:

Post a Comment