Jun 29, 2009

Malam Indah Dalam Duka

Aku menyusuri lebuh raya persekutuan dengan otak yang kosong sekosong laluan motosikal di sebelah kiriku…Perjalanan aku masih jauh, aku tidak tahu ke mana harusku arahkan stereng keretaku…

Tanganku pantas mengalihkan stesen radio dari hotz fm ke hitz fm. Meluat rasanya mendengar lagu yang diputarkan, sedih dan kisah percintaan yang tidak kesampaian.
Ikutkan hati enggan aku melayan perasaan sakit hati dan sedih ini.

Namun, emosi sudah menguasai hatiku sedikit demi sedikit. Aku pandu keretaku perlahan-lahan menuju ke Kuala Lumpur. Aku tidak dapat fikir ke mana harusku tuju. Otak aku mula berputar-putar dengan perasaan negatif.

Mulut aku terkumat-kamit,“aku benci!...aku tak suka, menyampahnya!,”lontaran suara tidak puas hatiku.

Aku lihat papan tanda di sebelah kiriku ’Lebuhraya Mahameru’. Terus aku membelok ke kiri. Jam menunjukkan hampir 10 malam. Otak aku berfikir ke mana harus kutuju. Bulan malam itu, seolah-olah menyembunyikan wajahnya. Seakan enggan melihat wajahku yang suram.

Kenderaan masih memenuhi jalan. Mungkin penghuni kota dalam perjalanan pulang ke rumah dan destinasi masing-masing. Yang pasti, aku keseorangan yang tidak tahu ke mana hala tuju.

Puas meredah setiap sudut kota metropolitan yang masih sibuk dengan manusia-manusia. Tepat jam 11.30 malam aku terus membawa diri pulang semula ke Shah Alam.

Hatiku masih dipenuhi perasaan marah, kecewa dan sakit hati. Memikirkan keikhlasan kawan dalam menjalinkan persahabatan bersamaku. Langsung tidak reda kemarahan dan sakit hati ini. Sebaik melepasi Tol Batu Tiga, aku teringat sesuatu, pantas aku mencapai telefon bimbit di sebelah.

Terus aku mencari satu nama dan menghantar mesej, ’Chaq kat kedaika? Nak p kat ang..,’ ringkas saja pesanan yang aku hantar.

Satu mesej masuk, ”Dah nak tutup pn. Pesal lambat.”
Aku menjawab, ”Hmm...Xpala. Dari KL, round2 bawa diri,” responku dalam nada sedikit kesal.
Chaq membalas,”Ermm,” aku sudah faham lalu membalas,”Takpala, lain kalila. Aku p sambung jalan2.heh..,” aku matikan kataku di situ.

Aku terus membawa diri ke Dataran Shah Alam, menenangkan fikiran sejenak. Tiba-tiba pipiku terasa hangat. Titisan air mata perlahan-lahan jatuh di pipi. Terus aku mengesat air mata itu sebelum jatuh ke dagu.

Aku terus memikirkan tentang keikhlasan, kejujuran dan maksud persahabatan itu sendiri. Mungkin aku yang terbawa-bawa akan perasaan ini seperti dipergunakan. Tapi biarlah...seperti biasa aku sendiri akan memendam perasaan dan terus memendam....

2 comments:

  1. kekadang sukar untuk kita menilai apa sebenar nya yg ada dalam diri sahabat yg pada pandangan kita semuanya sudah kita ketahui tetapi percayalah....sahabat yang paling baik, bukan sahabat yang apabila kita bersamanya dalam satu buaian, kita tidak semestinya berbicara panjang dengannya tetapi apabila kita putus bicara, saat itu dia menjadi penyambungnya...
    teruskan memberi kerana tangan yang memebri itu lebih baik daripada yang menerima

    ReplyDelete
  2. thanks ibni, sesungguhnya kita bukannya tuhan dapat menilai seseorang itu...kadang-kadang kawan yang rapat dgn kitapun boleh tikam kita dari belakang....selagi hidup di dunia ini, kita akan cuba menjadi insan yang diredhai dan tidak menyakiti hati sesama insan...insyAllah

    ReplyDelete