Mar 31, 2009

Mar 30, 2009

Bisikku Pada Bulan

Bulan
Aku mohon padamu
Sekiranya kau tahu dimana dia berada
Bisikkan padanya
Aku setia menanti di sini

Bulan
Kumerayu padamu
Seandainya kau melihat dia kini
Sampaikan padanya hatiku menangis

Bulan
Katakan padanya
Tanpa dia disisiku
Malap menyelubungi jiwaku

Bulan
Jika dia tidak mendengar
Jangan biar siang
Biar alam ini gelap gulita
Biar ia sepi sepertiku

Mar 27, 2009

Penjelajahan Dunia Dalam Satu Kilometer


Jika disebut nama Syed Mohd Syed Hashim mungkin ramai tertanya-tanya siapakah gerangan empunya diri tersebut. Tetapi sekiranya nama S. Amin Shahab disebut secara spontan akan terlintas di minda anda lagu seperti Kekasih Awal dan Akhir, Teratai Layu di Tasik Madu dan Suci Dalam Debu.

Nama S. Amin Shahab sudah serasi dengan gelaran sebagai komposer, pengarah filem dan pelukis. Anak kelahiran Batu Pahat ini mendapat bakat melukis dari bapanya.

Kini, beliau dalam usaha menjayakan pameran solonya bertajuk ‘Penjelajahan Dunia Dalam Satu Kilometer’. Dengan hanya menggunakan pen berdakwat hitam, ternyata pengembaraan beliau ke seluruh dunia telah menampakkan hasil dalam menyiapkan satu kilometer lakaran kanvas.

Bertemakan ‘one man.one mission.one stretch of kanvas.one kilometer’ perjalanan lukisan di atas kain kanvas itu menceritakan catatan tentang pengembaraan menjengah kesan-kesan ketamadunan manusia.

Selain melakar ketamadunan mengenai manusia, S. Amin turut melakar potret rakyat tempatan, tokoh-tokoh politik, sultan yang melambangkan jati diri negara. Bagi S. Amin lakaran potret ‘Seribu Wajah’berkenaan bukan sekadar lakaran wajah sahaja tetapi ianya memberi makna bahawa wajah manusia di dunia ini sama dan satu darah.

Setakat ini, beliau telah menggunakan kira-kira 2000 batang Artline hitam untuk melukis di atas kain kanvasnya. S. Amin berharap beliau dapat menyiapkan lakaran satu kilometernya itu dalam tahun ini yang telah dimulakan lima tahun lalu.

Peminat seni lukisan bolehlah datang ke Galeri 2, Shah Alam mengunjungi pameran S. Amin sehingga 30 Mac ini. Selain itu, S. Amin turut akan melukis potret secara percuma bagi menjayakan program beliau.


p/s- thanks ya aie akaike, tolong mengabadikan gambar S.Amin menggunakan kameramu...(",)

Mar 26, 2009

Sayangku Amar


Aku masih ingat lagi ketika mula-mula menjejakan kaki ke Sinar Salam, tahun lalu. Aku disambut mesra oleh Kak Afidah bersama pekerjanya. Namun, hatiku terpaut apabila melihat seorang bayi lelaki yang sedang terbaring lena di atas pangkuan seorang pekerja Kak Afidah .

Matanya yang bulat membuatkan setiap mata yang memandang akan cair. Kucuba mendekati Amar, tetapi satu kenyataan membuatkan jantungku luluh pabila mengetahui bayi yang ku renung itu menghidapi HIV. Layakkah bayi yang dilahirkan sesuci kain putih ini dijangkiti HIV.

Bayi yang tidak berdosa itu bernama Amar. Ibunya seorang penagih dan pelacur di lorong Chow Kit. Tidak perlu dipanjangkan cerita mengenai kisah hitam ibunya. Petang semalam, aku berkesempatan mengunjungi rumah Sinar Salam.

Perkataan pertama yang keluar dari mulutku, ”di manakah Amar?”

”Amar Kak Yati bawa pergi HKL, dapatkan rawatan dan check kesihatan,”pantas Kak Fidah menjawab.

Hampir setengah jam berada di Sinar Salam, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara Kak Yati. Kemudianku melihat sepasang mata bulat yang masih segar dalam kotak ingatanku.

Tidak salah lagi bayi yang ku lihat itu adalah Amar. Sungguh comel dan bertambah sihat. Langsungku lupa bayi yang sihat itu memiliki HIV.

Mar 16, 2009

Rukmini Yusuf Affandi

Lahir daripada keluarga seni merupakan satu kelebihan buat ibu rukmini mewarisi bakat melukis daripada bapanya. siapa sangka putri kepada pelukis besar Affandi dari isteri keduanya Rubiyem. Sejak kecil lagi beliau begitu senang melukis dan mendapat bimbingan daripada bapanya serta melukis bersama Affandi.

Sebelum bapak Affandi meninggal dunia, dia sendiri telah menyarankan supaya anaknya belajar melukis daripada pelukis senior di bandung iaitu Barli Sasmitawinata,buat beberapa tahun.

Kesempatan melihat Ibu Rukmini mengadakan demo melukisnya di pameran "Exotic Indonesia in Colours", tidak dilepaskan. Dengan hanya menggunakan goresan jari-jemari ke atas kain kanvas, tidak sampai 30 minit sebuah lukisan KLCC dapat disiapkan.






aku dan ibu Rukmini

Mar 14, 2009

Bingkisan 'Exotic Indonesia In Colours'


Kartini Sabekti- Praying

Rukmini Yusuf Affandi- Harvest Rice in Ciami
(Bapa Yusuf Affandi merupakan pelukis yang tersohor di Indonesia dan ibu Rukmini mewarisi bakat daripada bapanya.)

J. Mariam- Kebudayaan & Keseniaan di Indonesia.

Sri Robustina Hj- Flower Wirid
(Cuba perhatikan tulisan yang terdapat dalam lukisan tersebut.)

p/s- Pameran Lukisan dari Ikatan Wanita Pelukis Indonesia diadakan di Soka Gakkai Malaysia bermula 13-17 Mac ini.

Mar 11, 2009

aku di talentime



Semalam, aku berkesempatan menonton filem arahan yasmin ahmad bertajuk talentime di Dewan Seri Budiman, UiTM. Kampus yang sudah dua tahunku tinggalkan.

Filem talentime akan ditayang di pawagam pada 26 Mac ini. Filem kali ini tidak banyak menonjolkan perbezaan seperti filem-filem arahan Yasmin yang lain, iaitu memaparkan kisah hubungan cinta tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang budaya, di samping selitan pertandingan bakat di sekolah menengah tersebut.

Bagi peminat Yasmin, jalan cerita seolah-olah boleh diagak penonton sendiri, namun jalan cerita filem ini diselitkan dengan jenaka dari segi dialog dan mimik pelakon. Cukup menghiburkan.

Talentime ini mengisahkan pertandingan mencari bakat yang mempertemukan Melur dan Mahesh. Mahesh seorang pekak dan bisu. Semuanya bermula apabila Mahesh, ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur.

Pada mulanya Melur tidak mengetahui kekurangan Mahesh dan Mahesh begitu menyenangi Melur yang sering mengungkapkan puisi indah. Namun berlaku konflik di saat-saat akhir filem berkenaan. Ingin tahu? Sila tonton filem ini.......

Filem ini dibintangi Pamela Chong (Melur), Mahesh Jugal Kishor (Mahesh), Mohammad Syafie Naswip (Hafiz), Jaclyn Victor (Bhavani), kakak (Mahesh), Howard Hon Ka Hoe (Kahoe), Harith Iskander (ayah Melur), Mislina Mustaffa ( ibu Melur), Adibah Noor (Cikgu Adibah), Azean Irdawaty (Embun, ibu Hafiz), Elza Irdalyna Khairil Anwar (Mawar), Jit Murad (Ismael).

p/s- ku jatuh cinta dengan runut bunyi filem ini

Mar 10, 2009

Happy Belated Birthday teman-temanku, (",)


Addy Junaidi- 17 Januari, surprise birtday party big plate, kg subang


Mohd Saufi (bf cons)- 2 Februari, surprise birthday party kat dataran shah alam


Aie Akaike- 2 March, surprise birthday party kat Wira Sejati...

......................................................

p/s- Selamatkan ulangtahun kepada mereka-mereka di atas, moga dimurahkan rezeki, yang pasti korang semakin tua...hikhik...terutamaya en aie akaike...hikhikhik

Mar 9, 2009

Selamatkan Bumi - 'Blackout Day'


Apakah rancangan anda pada hujung minggu 28 Mac nanti? Jangan terkejut jika pada tarikh berkenaan secara tiba-tiba beberapa kawasan sekitar Lembah Kelang terputus bekalan elektrik serentak pada jam 8.30 malam.

Kejadian pada 28 Mac itu, bukan kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin melakukan penambahbaikan dengan memutuskan bekalan elektrik tetapi pada tarikh tersebut beberapa kawasan sekitar Lembah Kelang yang mengambil bahagian akan memadamkan suis lampu sebagai simbolik kepada ’Earth Hour’ bagi menyampaikan mesej kepada dunia agar selamatkan bumi yang didiami dari pemanasan global.

Dalam usaha mengatasi masalah pemanasan global dan mengurangkan penggunaan elektrik, dana hidupan liar dunia (WWF) mengadakan kempen menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia dalam misi menyokong program ’Earth Hour’ ini.

Sehubungan itu, Most Wanted Unit Event (MWU Event) menganjurkan ‘Blackout Nite 2009’ di Zazu Beach Bistro, Sunway pada tarikh berkenaan bagi menyokong kempen WWF menentang pemanasan global yang melanda planet bumi.

Buat kali pertamanya dalam sejarah, penghuni bumi dari pelbagai peringkat umur, warganegara, bangsa dan latar belakang mempunyai peluang menggunakan suis mereka sebagai saluran untuk menyampaikan mesej kepada dunia.

Dengan memadamkan suis merupakan satu undian rakyat kepada dunia dan juga pemanasan global yang sedang berlaku. Ini juga merupakan pilihan rakyat agar suara mereka didengari.

Selain Sunway beberapa mercu tanda sekitar Lembah Kelang dikatakan bersetuju untuk memadamkan lampu selama sejam menyertai 74 mercu tanda negara lain. Antara bangunan yang terlibat, Sunway Piramid, Menara Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Bukit Bintang dan Mid Valley.

Pemain bola sepak negara Zainal Abidin dan Dollah Salleh akan turut serta pada malam tersebut sebagai tanda sokongan mereka. Kumpulan indie yang terlibat adalah Otam, Apai, Lightcraft, Ask Me Again, Dizzy and The Sakti, The Lova Lova dan Salam serta DJ Iglue (Hazeryl) dan DJ Wisekid.

Tema pada malam berkenaan adalah hitam dan tiket dijual pada harga RM75, boleh didapati di Zazu Beach Resort, Sunway atau menghubungi 017-6100254 (Izzy). Kepada mereka yang sayangkan bumi ini dan tiada perancangan dipelawa menyertai program ’Earth Hour’ pada 28 Mac ini bermula jam 8.30 malam. Bersama-sama kita pelihara bumi yang dihuni.

’Earth Hour’ bermula di Sydney pada 2007, apabila 2.2 juta rumah dan perniagaan memadamkan lampu mereka selama sejam. Pada 2008 mesej tersebut telah meningkat kepada pergerakan global secara berterusan, dengan 50 juta orang memadamkan lampu mereka. Mercu tanda dunia seperti Jambatan Pintu Emas di San Francisco, Colosium Rome, Rumah Opera Sydney dan papan iklan Coca Cola di Times Square turut serta memadamkan lampu selama sejam sebagai tanda sokongan.

Mar 6, 2009

satu kenyataan

tatkala aku sedang melayan hati yang girang, tiba-tiba kegembiraanku direntap dengan satu kenyataan yang begitu menyakitkan.aku sendiri tidak tahu bagaimana reaksi yang perlu diluahkan dari wajahku...

namun, secara spontan riak wajahku bertukar menjadi sedih dan sentap dengan satu kenyataan yang begitu menyakitkan. perlukah aku sedih dengan satu ayat yang hanya mengandungi tiga perkataan itu. kerna aku sudah tidak berhubungan lagi.

tapi, jiwa aku terus tidak tenteram, sedih, sesal, sakit hati mula bercampur. kawan-kawan menjadi tempat untuk aku meluahkan dan mengadu perasaan tidak enak ini yang mula menguasai diri.

hatiku sedikit beransur lega apabila kak sue menyatakan,

"sabar, Allah maha mengetahui dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. jgn bagi ruang iblis masuk dan berbisik dihati buat masa ini. yang penting kita tahu Dia tidak pernah lupa sayangkan kita, itu semua bisikan iblis, jangan dengar. once u make a move just keep movin. jangan berpaling kerana sekali menoleh bermaksud setan berjaya pasang jarum jahatnya, ingat Allah lebih mengetahui apa yang bagus buat kita," selepas membaca pesanan ringkas yang diberikan hatiku sedikit lega.

ada benarnya apa yang dikatakan oleh kak sue, mungkin aku hanya melayan perasaan dan membiarkan anasir jahat merasuk diri. seharusnya aku melupakan yang lalu kerna aku telah memilih jalan tersebut.

aku sendiri perlu menerima apa yang berlaku dan tidak perlu mengambil tahu sedikitpun tentang perkara itu.

terima kasih kepada kawan-kawanku yang sudi mendengar rintihan hati ini dan memberi nasihat dalam menyedarkan diriku ini....

Mar 3, 2009

kU MuLaI rAsakAn AurA TeKanAN

nampaknya azamku untuk datang awal ke pejabat musnah.....bukannya apa, pagi nie dengan jayanya aku bangun jam 11 pagi. dalam keadaan tergesa-gesa terus masuk bilik mandi melakukan aktiviti biasa dilakukan oleh insan-insan yang dikejutkan dari tidur.

tengah bersiap-siap, aku dikejutkan nada dering linkin park handfon 012 aku dengan tertera nombor telefon ofis. dalam hati aku berkata, "habislah aku, jangan editor aku call sudah," kataku dalam keadaan menggelabah.

aku terus mencapai fonku sambil mengcontrol suaraku supaya tidak kedengaran seperti suara baru bangun tidur...huhuhu...kedengaran halus suara editorku kak gee menanyakan di mana aku berada..

tanpa berselindung aku berterus-terang memberitahu bahawa aku terlewat bangun dan sedang bersiap-siap menuju ke ofis..hek...inilah padahnya tidur lambat...

sampai sahaja di ofis, aku terus meletakkan barang-barangku n menemui Kak Gee, tapi sempat juga aku mencapai sebatang pen dan buku nota, kemungkinan ada maklumat terbaru yang ingin disampaikan oleh Kak Gee.

dengan muka yang sembab aku menemui kak gee:

"rini ada apa2 ke kak gee?

Kak Gee membalas, "team rencana akan membantu Selangor untuk Page Seni yang perlu dikeluarkan setiap hari," nadanya begitu lembut sekali.

"jadi setiap seorang akan hasilkan 3 story seminggu," jelasnya lagi.

dalam hati aku, "huh, mampos aku, mcam mana la aku nak wat story seni nie, aku nie dahla tak berapa nak seni, karang jadi story lain lak," bisik hati aku.

nampaknya aku kenala mula mengenali orang-orang seni dan aktif involve dalam seni. nasib Daniel nak tunjuk ajar...

aku dah mula rasakan aura tekanan bakal melanda diri aku kerana terpaksa siapkan story rencana dua page untuk ruangan tetap setiap jumaat, dan story rencana giliran selain tiga story seni untuk page Selangor seminggu...fuh...gilalah..

harap aku dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan, heh....