Mar 6, 2009

satu kenyataan

tatkala aku sedang melayan hati yang girang, tiba-tiba kegembiraanku direntap dengan satu kenyataan yang begitu menyakitkan.aku sendiri tidak tahu bagaimana reaksi yang perlu diluahkan dari wajahku...

namun, secara spontan riak wajahku bertukar menjadi sedih dan sentap dengan satu kenyataan yang begitu menyakitkan. perlukah aku sedih dengan satu ayat yang hanya mengandungi tiga perkataan itu. kerna aku sudah tidak berhubungan lagi.

tapi, jiwa aku terus tidak tenteram, sedih, sesal, sakit hati mula bercampur. kawan-kawan menjadi tempat untuk aku meluahkan dan mengadu perasaan tidak enak ini yang mula menguasai diri.

hatiku sedikit beransur lega apabila kak sue menyatakan,

"sabar, Allah maha mengetahui dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. jgn bagi ruang iblis masuk dan berbisik dihati buat masa ini. yang penting kita tahu Dia tidak pernah lupa sayangkan kita, itu semua bisikan iblis, jangan dengar. once u make a move just keep movin. jangan berpaling kerana sekali menoleh bermaksud setan berjaya pasang jarum jahatnya, ingat Allah lebih mengetahui apa yang bagus buat kita," selepas membaca pesanan ringkas yang diberikan hatiku sedikit lega.

ada benarnya apa yang dikatakan oleh kak sue, mungkin aku hanya melayan perasaan dan membiarkan anasir jahat merasuk diri. seharusnya aku melupakan yang lalu kerna aku telah memilih jalan tersebut.

aku sendiri perlu menerima apa yang berlaku dan tidak perlu mengambil tahu sedikitpun tentang perkara itu.

terima kasih kepada kawan-kawanku yang sudi mendengar rintihan hati ini dan memberi nasihat dalam menyedarkan diriku ini....

2 comments:

  1. weh kawan, kalau ko sayangkan dia, ko pasti bahagia lihat dia sedang berbahagia. walaupun dia bersama yg lain. itu baru cinta sejati.

    ReplyDelete
  2. oit abang chak (sory kalu spellin silap, hekhe), aku tau, skang aku tak mau pikir dah, biarlah...cuma apa yang dicakapkan kat aku selama nie tak serupa bikin, aku gembira tgk dia bahagia...thanks ar memberikan nasihat malam tue...akan aku ingat sampai bila2...hekhe....

    ReplyDelete